Kapal lama Tentera Laut perlu diganti, titah Raja Selangor | DagangNews Skip to main content

Kapal lama Tentera Laut perlu diganti, titah Raja Selangor

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bergambar bersama Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany (kiri) dan Laksamana Madya Datuk Abdul Rahman Ayob di Istana Bukit Kayangan Shah Alam pada 5 Januari 2022. - Gambar Pejabat Diraja Selangor

SHAH ALAM 10 Jan - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan kebimbangan terhadap keadaan aset keselamatan negara terutama kapal lama milik Tentera Laut Diraja Malaysia yang perlu diganti.

 

Perkara itu dititahkan Sultan ketika mengadakan pertemuan dengan Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany Khamis lalu.

 

Menerusi catatan di laman Facebook rasmi Pejabat Diraja Selangor hari ini, Sultan Sharafuddin selaku Panglima Tentera Laut bertitah bahawa aset-aset tua itu perlu diganti bagi memastikan kedaulatan perairan negara sentiasa terpelihara dan Tentera Laut sentiasa dalam keadaan bersedia.

 

BERITA BERKAITAN: Iktibar kapal perang Thailand karam, aset usang TLDM berisiko tinggi

 

Khamis lalu, Sultan Selangor berkenan mengadap Mohd Reza sempena persaraan beliau di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam.


 

tldm

 


Mohd Reza dilantik sebagai Panglima TLDM pada 30 Nov 2018 dan beliau akan menyerahkan tugas kepada penggantinya pada 23 Jan ini kepada Timbalan Panglima TLDM, Laksamana Madya Datuk Abdul Rahman Ayob. - DagangNews.com