Karel Doshi dilantik sebagai Ketua Perbankan Komersial baharu HSBC Malaysia | DagangNews Skip to main content

Karel Doshi dilantik sebagai Ketua Perbankan Komersial baharu HSBC Malaysia

Karel Doshi
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 30 Jun - HSBC Bank Malaysia melantik Karel Doshi sebagai Ketua Perbankan Komersial (CMB) baharunya berkuat kuasa pada Julai 2022.

 

Karel akan bertanggungjawab ke atas salah satu francais perbankan komersial terkemuka di Malaysia.

 

Beliau akan memberi perkhidmatan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS), pasaran pertengahan, syarikat korporat besar dan anak syarikat antarabangsa.

 

Ketua Pegawai Eksekutif HSBC Malaysia, Omar Siddiq berkata, HSBC telah memainkan peranan penting dalam pertumbuhan dan pembangunan ekonomi Malaysia selama lebih 130 tahun dan terus menjadi pasaran pertumbuhan strategik bagi kumpulan itu.

 

“Karel akan menerajui perniagaan perbankan komersial di Malaysia dan terus memacu cita-cita kami untuk pertumbuhan.

 

"Beliau juga akan memperdalam kehadiran kami dalam PKS tempatan dan ruang pasaran pertengahan dan menangkap perkadaran peningkatan aliran perdagangan antarabangsa ke Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Karel menyertai HSBC pada tahun 2007, membawa pelbagai pengalaman dan nasihat merangkumi perbankan korporat, komersial dan pelaburan. - DagangNews.com