Karnival Kerjaya Politeknik Ungku Omar tawar peluang kerja, penempatan latihan industri | DagangNews Skip to main content

Karnival Kerjaya Politeknik Ungku Omar tawar peluang kerja, penempatan latihan industri

Karnival Kerjaya PUO memberi peluang bakal majikan bertemu secara bersemuka dengan pencari kerja.
Oleh Zaki Salleh

IPOH 11 Okt - Lebih 300 peluang pekerjaan dan penempatan latihan industri telah ditawarkan sepanjang program Karnival Kerjaya Politeknik Ungku Omar (PUO) 2023.

 

Program dihadiri lebih 1,000 pengunjung terdiri daripada pelajar, alumni dan pencari kerja di sekitar bandaraya Ipoh.

 

Karnival kerjaya ini bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan PUO, memberi pendedahan kepada pelajar mengenai peluang kerjaya serta tips menghadiri temuduga

 

Pihak industri juga berpeluang mengenal pasti calon yang berpotensi untuk mengikuti latihan industri manakala tawaran pekerjaan pula dibuka kepada graduan.

 

Pelajar

 

Latihan

 

Secara tidak langsung ia juga mengukuhkan kolaborasi progresif antara industri dan PUO. 

 

Sebanyak 13 syarikat dan dua institusi pendidikan tinggi telah menyertai program dua hari ini yang bermula semalam.

 

Antaranya Hovid Berhad, PwC Malaysia, Plexus Manufacturing Sdn. Bhd., Tetra Pak (M) Sdn. Bhd, Hartalega NGC Sdn. Bhd, Daikin Malaysia Sales & Service Sdn. Bhd, Unisem (M) Berhad, SLB (Schlumberger WTA Sdn Bhd).

 

Tidak ketinggalan Genting Malaysia Berhad, Synergy Group, Intel Microelectronics (M) Sdn. Bhd. dan Azam Achievers Management.

 

Latihan
Sesi temuduga diadakan kepada para graduan dan juga pelajar bagi penempatan latihan industri.

 

Selain temuduga, turut diadakan ialah seminar pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET) dan sesi perkongsian industri.

 

Terdahulu, majlis perasmian program telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik) PUO, Dr. Mohd. Nor Azam Mohd Dali.

 

Pada majlis sama PUO turut menandatangani tiga sijil kolaborasi strategik bersama-sama syarikat Sapura Energy Berhad, Sandaran Impian Sdn. Bhd. dan Chen & Co Tax Services Sdn. Bhd. membabitkan bidang kejuruteraan dan perbankan perakaunan.- DagangNews.com

 

Latihan