Kejayaan kontrak sulung RTS JB-Singapura cerahkan peluang Sunway Construction raih projek MRT3 - Kenanga Research | DagangNews Skip to main content

Kejayaan kontrak sulung RTS JB-Singapura cerahkan peluang Sunway Construction raih projek MRT3 - Kenanga Research

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 24 Mac - Kejayaan Sunway Construction Berhad meraih kontrak sulung projek Sistem Transit Rapid (RTS) Johor Bharu-Singapura dijangka mencerahkan peluang kumpulan itu untuk mendapatkan kontrak Transit Aliran Massa 3 (MRT3).

 

Kenanga Research berkata, kumpulan itu telah memperoleh kontrak untuk Pakej 1B dan Pakej 5 porject berjumlah RM604.9 juta.

 

Katanya, kontrak itu, yang akan dilaksanakan dalam tempoh 26 bulan dengan jangkaan tarikh siap pada suku kedua 2025, termasuk kerja-kerja awal untuk stesen dan jejambat di bawah Pakej 1B dan pembinaan jejambat darat dan struktur sampingan di bawah Pakej 5.

 

"Kami positif dengan kejayaan itu menjadikan penambahan kontrak kepada RM663 juta yang menyumbang 30% daripada sasaran FY23 kami sebanyak RM2.2 bilion (sasaran syarikat sebanyak RM2 bilion) dan menjadikan tempahan tertunggaknya sebanyak 5% kepada RM11.9 bilion.

 

"Margin pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) sebanyak 5% hingga 8% adalah selaras dengan andaian kami sebanyak 7.5%.

 

"Kami menjangkakan kejayaan itu meningkatkan peluang kumpulan itu untuk mendapat lebih banyak pekerjaan membina pusat data, MRT3 dan kontrak daripada pihak berkaitan," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Firma itu menyukai kumpulan itu keranan kedudukan dominannya dalam ruang pembinaan dengan keupayaan dan rekod prestasi yang cemerlang dalam kerja-kerja bangunan, infrastruktur, solar, mekanikal, elektrikan dan perpaipan.

 

Katanya, selain itu mereka juga memiliki kunci kira-kira yang kukuh yang membolehkan penyertaan dalam projek model pembayaran tertunda.

 

Firma itu mengekalkan saranan 'outperform' dengan harga sasaran (TP) RM2.13 sesaham.

 

"Bagaimanapun, kumpulan itu berdepan beberapa cabaran termasuk aliran pembinaan yang lemah daripada sektor awam dan swasta, kos projek berlebihan dan liabiliti daripada ganti rugi pasti (LAD) serta peningkatan kos bahan binaan," katanya. - DagangNews.com