Kelembapan ekonomi global diunjur lemahkan prestasi bahagian pembuatan Kobay Technology, kata HLIB | DagangNews Skip to main content

Kelembapan ekonomi global diunjur lemahkan prestasi bahagian pembuatan Kobay Technology, kata HLIB

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 10 Feb - Hong Leong Investment Bank (HLIB) Research mengunjurkan prestasi bahagian pembuatan Kobay Technology Berhad akan lemah berikutan kelembapan ekonomi global.

 

Firma itu berkata, bahagian pembangunan hartanah dijangka memberikan prestasi positif berikutan penyiapan projek sulungnya di Langkawi.

 

"Segmen farmaseutikal kumpulan akan terus berusaha meluaskan rangkaian produknya, bersama-sama dengan usaha kawalan kos bagi meningkatkan keuntungan dan daya saing pasaran," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Firma itu berkata, pendapatan kumpulan pada 2QFY23 sebanyak RM82 juta menghasilkan untung bersih teras sebanyak RM10 juta yang menjadikan jumlah 1HFY23 kepada RM21 juta menyumbang kepada 33% unjuran firma itu.

 

Katanya prestasi itu disebabkan oleh kurang sumbangan daripada bahagian pembuatan, yang turut terjejas oleh dua projek baharu yang sedang dalam peringkat awal.

 

"Perkara sekali bayar termasuk pelunasan pendapatan tertunda ke atas geran kerajaan (-RM68,000), keuntungan pelupusan PPE (-RM81,000) dan kerugian tukaran mata wang asing (+RM1.6 juta)," katanya.

 

Firma itu berkata, berdasarkan kepada perkara disebutkan, pihaknya 'memotong' unjuran sumbangan bahagian pembuatan dan ia membawa kepada pendapatan yang lebih rendah antara FY23-FY25 sebanyak 20%, 22% dan 23%.

 

Firma itu mengekalkan saranan 'beli' dengan harga sasaran (TP) lebih rendah iaitu RM4.00 sesaham. - DagangNews.com