Kempen Jom Cuti-Cuti Malaysia dapat sambutan, catat 22,000 transaksi | DagangNews Skip to main content

Kempen Jom Cuti-Cuti Malaysia dapat sambutan, catat 22,000 transaksi

 

 


KUALA LUMPUR 23 Mac - Kempen Jom Cuti-Cuti Malaysia! Experience Malaysia Like Never Before yang digerakkan platform e-dagang, Shopee bersama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) mendapat sambutan menggalakkan apabila merekodkan 22,000 transaksi sejak kerajaan memberi kebenaran rentas daerah pada 2 Mac lalu. 

 

Jumlah ini amat menggalakkan berbanding hanya 500 transaksi dilakukan dalam tempoh antara 11 Januari (ketika pelaksanaan PKP 2.0) hingga 1 Mac lalu.

 

Mulai 2 Mac, kerajaan membenarkan pergerakan merentas daerah dan negeri Selangor, Johor, Pulau Pinang serta Kuala Lumpur ditukar status kepada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). 

 

Kempen tersebut mula digerakkan pada Disember 2020 khas untuk rakyat Malaysia telah dilancarkan baru-baru ini setelah dihentikan seketika selama 2 bulan. 

 

Selain tawaran hotel oleh ahli-ahli Persatuan Hotel Malaysia (MAH), kempen ini juga menawarkan pakej pelancongan di bawah Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), Malaysia Inbound Chinese Association (MICA), Persatuan Pengembaraan dan Pelancongan India Malaysia (MITTA), Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia (BUMITRA) dan Persatuan Pelancongan Domestik Malaysia (MITA).

 

sumber : Shopee

 

 

Pengarah Urusan Serantau Shopee, Ian Ho berkata, permintaan yang kukuh ini menunjukkan rakyat Malaysia memerlukan percutian setelah mereka duduk di rumah untuk tempoh masa yang panjang. 

 

Walaupun kini pihak kerajaan menghulurkan bantuan serta insentif kepada industri pelancongan, permintaan yang tinggi menunjukkan tanda-tanda pulih yang positif bagi industri ini. 

 

"Kami akan terus memainkan peranan untuk menghubungkan rakyat Malaysia dengan pengusaha hotel dan syarikat pengendali pelancongan dengan menggunakan teknologi demi menyumbang kepada kelestarian industri ini," katanya dalam kenyataan hari ini. 

 

Antara fakta menarik yang dikumpul daripada kempen itu juga menunjukkan penduduk-penduduk di Lembah Klang, Pulau Pinang, Sabah dan Johor mengambil kesempatan untuk melakukan staycation

 

Mereka menyumbang secara purata 75% daripada jumlah permintaan bagi tawaran-tawaran pelancongan di negeri masing-masing.

 

Optimistik mengenai pembukaan semula sempadan negeri, rakyat Malaysia terutama dari Sarawak, Terengganu dan Melaka juga memilih untuk 'Beli Sekarang, Bercuti-cuti Kemudian'.

 

Destinasi-destinasi popular termasuk Kuala Lumpur (Aquaria KLCC), Selangor (Sunway Lagoon dan Zoo Negara), Pulau Pinang (Rainbow Skywalk di The Top Penang dan Wonderfood Museum), Negeri Sembilan (aktiviti memancing serta snorkeling dan banana boat di Port Dickson) dan Kedah (hotel, lawatan dan aktiviti rekreasi di Langkawi).

 

Selain daripada staycation, ramai rakyat Malaysia juga kerap mengunjungi pusat membeli-belah sejak PKPB. 

 

Tambahan pula, Mid Valley Megamall KL dan The Mall, Mid Valley Southkey Johor Bahru kini menawarkan pelbagai 
e-baucar menarik di Shopee daripada kedai-kedai yang mengambil bahagian dengan menawarkan diskaun hingga 50% sepanjang 4.4 Hari Jualan Mega Shopee. 

 

Acara membeli-belah mega yang pertama di rantau ini untuk 2021, 4.4 Hari Jualan Mega Shopee yang berlangsung hingga 4 April ini menawarkan penghantaran percuma dengan pembelanjaan minimum RM4. 

 

Di samping itu, terdapat tawaran diskaun dan baucar 95% setiap hari dan rancangan permainan baharu RM10,000 Roda Duit Shopee di mana para peserta dapat memutar roda dan berpeluang untuk memenangi wang tunai apabila mereka berjaya meneka perkataan yang betul. 

 

Kemuncak aktiviti membeli-belah ini pada 4 April akan menampilkan Midnight Madness mulai pukul 12 tengah malam hingga 2 pagi dengan Tawaran dan Baucar Khas 4.4, Super Brands Spotlight, penstriman langsung Shopee Live tanpa henti mulai pukul 9 pagi dan banyak lagi. - DagangNews.com