Kenanga Research positif terhadap kejayaan Kerjaya Prospek raih projek bernilai RM226 juta | DagangNews Skip to main content

Kenanga Research positif terhadap kejayaan Kerjaya Prospek raih projek bernilai RM226 juta

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 13 Okt - Kenanga Research positif dengan kejayaan Kerjaya Prospek Group Berhad bernilai RM226 juta daripada Aspen Vision City Sdn Bhd kerana ia akan meningkatkan pendapatan bersih dan kadar tempahan sepanjang tempoh pembinaan.

 

Katanya, kontrak terbaharu itu meningkatkan jumlah kontrak kumpulan itu kepada RM1.5 bilion.

 

Pada masa sama, ia berjaya memenuhi unjuran setahun penuh firma penyelidkan itu sebanyak RM1.5 bilion dan melepasi sasaran syarikat sendiri sebanyak RM1.2 bilion.

 

"Kontrak terbaharu itu meningkatkan kadar tempahan tertunggaknya kepada RM4.7 bilion dan kontrak itu dijangka memperoleh margin keuntungan bersih sebanyak 10%.

 

"Buku tender kumpulan itu berjumlah antara RM1.5 bilion hingga RM2 bilion," katanya dalam satu nota kajian.

 

BACA JUGA: Kerjaya Prospek raih kontrak RM226 juta bina pangsapuri di Pulau Pinang

 

Terdahulu, kumpulan dianugerahkan kontrak oleh Aspen untuk reka bentuk dan pembinaan dua blok pangsapuri 37 tingkat dengan 980 unit kediaman, dan podium tujuh tingkat yang terdiri daripada tempat letak kereta, kemudahan rekreasi komuniti dan lot kedai di Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. .

 

Tempoh kontrak adalah selama 42 bulan.

 

Kenanga Research menyukai Kerjaya kerana kaedah pembinaan acuan yang inovatif dan dengan itu margin tinggi, pasukan pengurusan yang cekap dan praktikal dengan rekod prestasi pelaksanaan yang kukuh, keterlihatan pendapatan disokong oleh buku pesanan tertunggak yang cukup besar serta tempahan berulang daripada syarikat berkaitan.

 

"Kami mengekalkan saranan 'outperform' dengan harga sasaran (TP) RM1.64 sesaham," katanya. - DagangNews.com