KKB Engineering raih 2 kontrak bernilai RM37.9 juta daripada Petronas Dagangan, Perbena Emas | DagangNews Skip to main content

KKB Engineering raih 2 kontrak bernilai RM37.9 juta daripada Petronas Dagangan, Perbena Emas

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 6 Mei - KKB Engineering Bhd menerusi Edisi Optima Sdn Bhd menerima dua kontrak bernilai RM37.9 juta daripada Petronas Dagangan Bhd dan pesanan belian daripada Perbena Emas Sdn. Bhd.

 

Kumpulan itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata, bagi kontrak daripada Petronas Dagangan, mereka perlu melaksanakan kerja-kerja fabrikasi dan penyelenggaraan silinder  gas petroleum cecair (LPG).

 

Bagi pesanan belian itu, kumpulan itu perlu membekalkan paip dan konrit keluli ringan (MSCL) kepada Perbena Emas.

 

"Kontrak Petronas Dagangan itu berkuat kuasa mulai Mac 2024 untuk tempoh setahun dengan pilihan lanjutan selama setahun sehingga 2026 manakala kontrak pesanan belian dijadual siap pada suku kedua 2025," katanya.

 

Kumpulan itu berkata, kontrak itu tidak akan memberi sebarang kesan ke atas modal sham syarikat dan dijangka menyumbang ecara positif terhadap pendapatan dan set bersih syarikat sepanjang tempoh kontrak.

 

KKB Engineering berkata, antara faktor yang mempengaruhi kontrak itu termasuk risiko pelaksanaan seperti ketersediaan tenaga kerja mahir, bahan mentah, tukaran mata wang asing dan perubahan dalam harga serta keadaan cuaca selain keadaan ekonomi dan politik. - DagangNews.com