MBSA umum kenaikan tidak melebihi 25% cukai taksiran baharu mulai 1 Januari 2025 | DagangNews Skip to main content

MBSA umum kenaikan tidak melebihi 25% cukai taksiran baharu mulai 1 Januari 2025

Menurut MBSA, kadar taksiran sedia ada telah digunakan selama 19 tahun. - Gambar ihsan Harian Metro
Oleh Mohamad Iman

SHAH ALAM 18 Mei - Penduduk Shah Alam akan membayar cukai taksiran pada kadar baharu mulai 1 Januari 2025.

 

Dalam satu kenyataan, jabatan korporat dan perhubungan awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) berkata kadar penilaian baharu itu adalah sebahagian daripada penilaian semula hartanah yang melibatkan kira-kira 284,000 premis dalam bidang kuasa majlis itu.

 

“Kadar taksiran sedia ada telah digunakan selama 19 tahun sejak 1 Januari 2006. Oleh itu penilaian semula diperlukan.

 

“Kadar baharu itu akan melibatkan semua kategori aset termasuk kediaman, komersial, perindustrian dan tanah kosong (pertanian).

 

“Walaubagaimanapun, cukai yang perlu dibayar oleh pemilik pada 1 Januari 2025 adalah tidak melebihi maksimum 25% lebih tinggi daripada kadar cukai yang lama,” katanya.

 

 

mbsa

 


Kadar ini akan melibatkan semua kategori harta iaitu kediaman, perdagangan, perindustrian dan tanah kosong (pertanian).

 

Pemilik hartanah boleh menyemak kadar taksiran baharu di Jabatan Penilaian dan Pengurusan Aset MBSA mulai 16 Mei.

 

TERBAHARU 20 MEI 2024: Penilaian semula aset oleh PBT bukan notis kenaikan cukai - MB Selangor 

 

Bantahan

Mereka juga boleh menghantar rayuan secara bertulis kepada Jabatan Penilaian dan Pengurusan Aset, Wisma MBSA, Persiaran Perbandaran, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan atau e-mel kepada bantahan@mbsa.gov.my selewat-lewatnya pada 14 Jun 2024.

 

Untuk pertanyaan, pemilik boleh menghubungi Jabatan Penilaian dan Pengurusan Aset MBSA di talian 03-55222766. - DagangNews.com