Kerjasama Pos Malaysia, Saito UC untuk lahirkan profesional logistik menerusi pembelajaran bersepadu | DagangNews Skip to main content

Kerjasama Pos Malaysia, Saito UC untuk lahirkan profesional logistik menerusi pembelajaran bersepadu

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 24 Mac - Pos Malaysia Berhad memetrai perjanjian kerjasama dengan Saito University College (Saito UC) bagi membangunkan profesional logistik masa hadapan menerusi pembelajaran bersepadu.

 

Kunci utama kerjasama ini adalah penubuhan hab pembelajaran Saito UC – Pos Malaysia dengan tujuan menyediakan profesional logistik menerusi pembelajaran bersepadu bersama pendedahan praktikal penyelesaian perniagaan dan logistik Pos Malaysia.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia, Charles Brewer berkata, masa depan industri logistik di Malaysia sangat cerah dengan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) berusaha meluaskan rangkaian pelanggan mereka selain mencari peluang baharu di pasaran tempatan dan rantau Asia Pasifik.

 

Beliau berkata, zaman sekarang merupakan era emas perniagaan e-dagang dengan perkembangan segmen pernigaan kepada pengguna (B2C), perniagaan ke perniagaan (B2B) dan pelanggan kepada pelanggan (C2C).

 

"Matlamat kami adalah untuk menubuhkan inkubator akademik agar calon profesional logistik boleh berkembang maju melalui bimbingan langsung, pembangunan kemahiran dan idea inovatif," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

Pos Malaysia dan Saito UC akan bekerjasama rapat bagi memasukkan elemen in dustri ke dalam modul Ijazah Sarjana Muda Perniagaan, Logistik dan MBA.

 

pos

 

 

Pos Malaysia juga akan menyelia, membimbing dan memberi latihan untuk pelajar Saito UC sepanjang pembelajaran dan menawarkan peluang latihan bagi memperoleh pengalaman profesional.

 

pos

 

Naib Canselor Saito UC, Professor Dr. Vinitha Guptan berkata,  pihaknya menyediakan mobiliti kepada pelajar untuk meneruskan pengajian mereka dengan menyediakan pelbagai mod pengajian.

 

"Kami membayangkan industri akan mengiktiraf kemahiran graduan Saito yang dilengkapi bukan sahaja dengan pengetahuan tetapi juga dengan kemahiran kerja bersepadu," katanya. - DagangNews.com