Keuntungan KOPETRO dijangka terus meningkat hingga penghujung 2020 | DagangNews Skip to main content

Keuntungan KOPETRO dijangka terus meningkat hingga penghujung 2020

Sambutan ulang tahun yang ke-40 KOPETRO

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 3 Nov. - Koperasi Kakitangan Petronas Berhad (KOPETRO) menjangkakan nilai keuntungan syarikat akan terus meningkat hingga penghujung tahun ini.

Lebih manis, jangkaan yang diletakkan itu seiring dengan sambutan ulang tahun yang ke-40 KOPETRO yang disambut pada 30 Oktober 2020.

Pengurus Kanan Komunikasi Korporat KOPETRO, Ahmad Hazil Abd. Lateff berkata, jangkaan itu dilihat berdasarkan kepada permintaan yang tinggi terhadap beberapa perkhidmatan dan produk daripada anak syarikat milik KOPETRO.

"Setelah 40 tahun berdiri kukuh sebagai salah sebuah koperasi terbaik di negara ini, kami beraspirasi untuk terus berusaha dengan lebih agresif bagi memajukan perniagaan serta membuat penambahbaik pengurusan agar KOPETRO akan lebih cemerlang dan kekal utuh untuk tahun-tahun yang mendatang.

"Sambutan ulang tahun ke-40 KOPETRO tetap disambut meriah oleh warga kerja dan pengurusan tertinggi KOPETRO
biarpun secara alam maya dengan aplikasi Zoom susulan perintah kawalan pergerakkan sedang dijalankan terutamanya di ibu pejabat KOPETRO yang terletak di Kuala Lumpur," jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Pakej menarik yang ditawarkan bersempena dengan ulang tahun ke-40 KOPETRO.
Pakej menarik yang ditawarkan bersempena dengan ulang tahun ke-40 KOPETRO.

 

KOPETRO telah mencatat jualan sebanyak RM156 juta dengan jumlah keuntungan bersih sebanyak RM2.8 juta.

Sambutan ulang tahun tersebut menjadi lebih bermakna apabila KOPETRO diumumkan sebagai 10 koperasi terbaik di Malaysia selama 10 tahun berturut-turut. 

Bersempena dengan ulang tahun berkenaan juga, KOPETRO melancarkan beberapa tawaran pakej produk dan servis dari anak-anak syarikatnya.

 

Pakej menarik yang ditawarkan bersempena dengan ulang tahun ke-40 KOPETRO.
Pakej menarik yang ditawarkan bersempena dengan ulang tahun ke-40 KOPETRO.

 

Antara pakej yang ditawarkan adalah seperti berikut;

  • Diskaun harga untuk setiap pembelian minyak enjin PETRONAS Syntium di KOPETRO.
  • Pakej istimewa untuk perkhidmatan penyelenggara penghawa dingin, pembersihan rumah, dan pakej percutian
  • Pemberian produk percuma dan barangan cenderahati eksklusif bagi mereka yang membeli produk sejuk beku LengQuas daripada KOPETRO, menginap di Hotel Singgah Kertih atau mereka yang berdaftar dengan KOPETRO
  • Membership & Credit. - DagangNews.com