KFC Golden Egg Burger kini kembali | DagangNews Skip to main content

KFC Golden Egg Burger kini kembali

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN
[email protected]

 

KUALA LUMPUR 5 Jan - KFC Malaysia kembali menawarkan hidangan popular KFC Golden Egg Burger kepada penggemar setia mereka sempena sambutan tahun baharu 2022.

 

Untuk tempoh waktu terhad, KFC Golden Egg Burger mengentengahkan resipi gabungan kepingan ayam pedas Zinger diadun bersama telur asin, mayonis, daun kari, kepingan keju, salad segar bersama ban bijan bakar.

 

Ketua Pegawai Pemasarannya, Chan May Ling berkata, hidangan tersebut pasti akan membuka selera dan memberi aroma lazat kepada pelanggan.

 

"Rakyat Malaysia telah mengharungi tahun 2021 yang cukup mencabar. Dengan ketibaan tahun baharu, kita mempunyai peluang baharu untuk mencipta saat-saat emas bersama mereka yang tersayang. 

 

"Berpadanan dengan keraian ini, kami bawakan kembali KFC Golden Egg Burger yang sungguh menyelerakan. 

kfc

"Burger ini boleh didapati melalui set Buddy Meal yang sesuai dikongsi bersama rakan dan keluarga. Saat emas bersama KFC tidak berakhir di sini, nantikan pengumuman baharu dari kami," katanya dalam kenyataan hari ini.

kfc

KFC Golden Egg Burger boleh didapati bermula hari ini di restoran KFC seluruh negara. 

kfc

Bermula dengan harga RM11.49, anda boleh menikmati burger emas yang sedap hingga menjilat jari ini melalui beberapa pilihan, A la Carte, Kombo, Box Meal dan Buddy Meal yang mengandungi dua KFC Golden Egg Burger, dua ketul ayam dan Cheezy Wedges. - DagangNews.com