Kim Hin Joo buka kedai Mothercare Experience pertama seumpamanya di Malaysia | DagangNews Skip to main content

Kim Hin Joo buka kedai Mothercare Experience pertama seumpamanya di Malaysia

Pengarah Urusan Kumpulan Kim Hin Joo, Pang Fu Wei di hadapan Kedai Mothercare Experience di Tropicana Gardens Mall.


 

PETALING JAYA 22 Nov Kim Hin Joo (Malaysia) Berhad, peneraju runcit dalam barangan ibu bersalin, bayi, pakaian kanak-kanak dan alat permainan, hari ini mengumumkan pembukaan kedai Mothercare Experience yang pertama seumpamanya di Malaysia, terletak di Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya.

 

Kedai mega baharu seluas 15,000 kaki per segi itu memaparkan konsep pengalaman baharu, termasuk trek ujian kereta sorong bayi, perkhidmatan pembersihan alat bayi, dan khidmat nasihat penjagaan bayi yang menjanjikan pelanggan pengalaman visual dan sentuhan yang akan membantu mereka membuat keputusan pembelian dengan lebih baik.

 

Menggabungkan elemen ‘kehidupan sebenar’ membolehkan pelanggan untuk menguji produk dengan teratur, sebelum membelinya; set bilik penjagaan bayi yang memberi inspirasi supaya ibu bapa boleh merancang bagaimana menghias bilik untuk bayi baharu mereka kelak.

 

Pengarah Urusan Kumpulan Kim Hin Joo, Pang Fu Wei berkata, Kedai Mothercare Experience di Tropicana Gardens Mall adalah yang pertama seumpamanya.

 

‘’Kami telah menjurutera semula pengalaman dalam kedai kami dan proses jualan bagi membantu ibu-ibu dan bapa-bapa membuat keputusan pembelian dengan lebih baik. Kami mengalu-alukan untuk memberi perkhidmatan lebih baik kepada keluarga-keluarga di dalam komuniti kami,’’ ujarnya.

 

Di samping pelbagai zon pengalaman, kedai ini turut melancarkan Sparkle Clean, perkhidmatan pembersihan peralatan bayi baharu yang dicipta bagi memberi masa rehat kepada ibu bapa, dengan membolehkan mereka menyerahkan tugas rumit tetapi penting itu kepada profesional supaya mereka boleh meluaskan masa yang lebih menyeronokkan membelai bayi mereka.


 

mothercare

mothercare

mothercare

Kedai ini juga menyediakan Penasihat Penjagaan Bayi Mothercare – kakitangan kedai yang terlatih dan bertauliah bagi membimbing ibu bapa menyelurusi apa sahaja maklumat yang mereka mahu, menjawab 101 persoalan daripada mereka yang baharu menjadi ibu bapa, dan menolong ibu-ibu dan bapa-bapa memilih produk bayi.

 

“Kedai pertama Mothercare Experience di negara ini adalah strategi pelbagai saluran kami untuk menambah baik semua titik sentuh pelanggan kami. Pandemik telah cukup menganggu sektor peruncitan dan kami mencuba untuk berada di hadapn dengan memperkenalkan kaedah baharu dan menarik untuk berhubung dengan pelanggan kami.’’

 

“Untuk tempoh dua tahun akan datang, kami berhasrat untuk memperkenalkan konsep kedai pengalaman kami di semua kedai utama kami di seluruh negara. Kami juga akan menambahbaik titik sentuh digital kami dan meningkatkan kehadiran dalam talian kami supaya sentiasa segar di mata pelanggan kami yang lebih muda dan peka teknologi. Kami sebenarnya sedang mengubah suai laman web kami,’’ kata beliau.

 

mothercare

 

Tropicana Garden Mall merupakan kedai Mothercare ke-21 yang dimiliki Kim Hin Joo dan outlet The Entertainer keempat di Malaysia. – DagangNews.com