Kinta Properties tampilkan rekaan rumah berkembar moden, elegan di Bandar Baru Sri Klebang | DagangNews Skip to main content

Kinta Properties tampilkan rekaan rumah berkembar moden, elegan di Bandar Baru Sri Klebang

Marigold merupakan rumah berkembar baharu Kinta Properties di Bandar Baru Sri Klebang.
Oleh Zaki Salleh

IPOH 22 Nov - Kinta Properties, pemaju hartanah terkemuka di Perak menawarkan kediaman baharu iaitu rumah berkembar Marigold untuk para pembeli di kawasan pembangunannya di Bandar Baru Sri Klebang di sini.

 

Dengan pengalaman lebih 50 tahun, Kinta Properties benar-benar memahami citarasa pembeli rumah yang inginkan kediaman berkonsepkan moden dan elegan.

 

Marigold menawarkan empat bilik tidur yang luas dan tiga bilik air pada lot berkeluasan kira-kira 1,650 meter persegi.

 

Hartanah yang memiliki status kekal ini menampilkan ruang tamu yang selesa dan luas, termasuk ruang makan serta dapur yang lapang.

 

Rumah

 

Pengurus Jualan Kinta Properties, Karen Wong berkata, menyatakan bahawa Marigold adalah pilihan tepat untuk pembeli rumah pertama. 

 

"Dengan harga bermula daripada RM408,800, Marigold menampilkan rekaan luaran yang bergaya dan keselesaan dalam suasana dalaman. 

 

“Ia adalah rekaan terkini dengan ruang dalam rumah mempunyai sistem aliran udara untuk memastikan gaya hidup sihat bagi seluruh keluarga," katanya dalam satu kenyataan.

 

Terletak antara Bandar Meru Raya di barat daya dan Chemor di utara, Bandar Baru Sri Klebang berdekatan dengan pusat beli-belah Aeon Mall Klebang, sekolah, restoran, dan bank. 

 

Rumah

 

Rumah

 

Pusat bandaraya Ipoh pula hanya terletak beberapa minit pemanduan sahaja.

 

Pemilik Marigold turut menikmati pelbagai kemudahan di rumah kelab, The Centro termasuk gimnasium, padang golf latihan 18 lubang, kolam renang 25 meter dan kafe yang dikendalikan oleh Meru Valley Resort.

 

Rumah contoh juga sedia dilawati berdekatan tapak projek tersebut yang dibuka daripada pukul 10 pagi hingga 6 petang setiap hari.

 

Maklumat lanjut mengenai Marigold dan Bandar Baru Sri Klebang boleh diperolehi menerusi laman web rasmi www.kintaproperties.com atau dengan menghubungi pasukan jualan ditalian 012-500 8018. - DagangNews.com