KLCI dibuka tinggi, didorong lonjakan pasaran Asia | DagangNews Skip to main content

KLCI dibuka tinggi, didorong lonjakan pasaran Asia

Oleh ANIS FARHANAH MALEK
[email protected]

 

KUALA LUMPUR 13 Ogos - FBM KLCI dibuka tinggi didorong oleh lonjakan kaunter untung di pasaran rantau Asia dan kenaikan indeks pasaran pengeluar sarung tangan di Wall Street.

Setakat 9.05 pagi tadi, KLCI naik 5 mata kepada 1561.68.

Dalam pada itu, saham Asia mencatatkan keuntungan selepas rakan strategik Amerika Syarikat (AS) melepasi paras tertinggi dengan saham teknologi yang teratas.

Menurut Bloomberg, Dolar AS kian lemah dengan hasil perbendaharaan diniagakan pada paras tertinggi selama lima minggu.

“Saham di Jepun, Korea Selatan dan Australia dibuka tinggi. Niaga hadapan S&P 500 sedikit berubah setelah mencapai penanda aras tertinggi pada Februari 2020, melonjak lebih 50% sejak pasaran menunjukkan prestasi rendah pada bulan Mac.

“Nasdaq Composite melonjak di luar jangkaan susulan saham Apple Inc., Microsoft Corp. dan Tesla Inc. meningkat. 

“Pelabur dijangka sedang memerhati permulaan dagangan di Hong Kong setelah Tencent Holdings Ltd. menurunkan larangan WeChat oleh Presiden AS, Donald Trump,” jelas Bloomberg.

Lonjakan saham Jepun, Korea Selatan dan Australia menjadi pendorong utama kepada peningkatan pasaran Asia.

Dalam pada itu, para pelabur dijangka terus memanfaatkan pakej rangsangan lanjut oleh AS dan speaker Rizab Persekutuan  pula menekankan keperluan melindungi pemulihan ekonomi yang baru berlaku. 

Bagaimanapun, pasaran minyak stabil selepas menyaksikan peningkatan sekali gus menunjukkan permintaan pasaran kian pulih. - DagangNews.com