KLCI, ringgit mengukuh petang ini | DagangNews Skip to main content

KLCI, ringgit mengukuh petang ini

 

 

KUALA LUMPUR 29 Mac - Pasaran tempatan petang ini ditutup lebih tinggi, menokok 9.86 mata kepada 1,611.28 mata. 

 

Ia menyaksikan 6.7 bilion saham diniagakan bernilai RM3.57 bilion. 

 

Keseluruhan pasaran bagaimanapun negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung pada 654 berbanding 431 manakala 452 kaunter tidak berubah. 

 

Bagi pasaran kewangan pula, ringgit ditutup pada RM4.1420/1470 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), lebih tinggi daripada penutupan Jumaat, RM4.1445/1485. 

 

Menurut  Malacca Securities Sdn Bhd. dalam nota kajian seperti dilapor Bernama, sentimen pasaran tempatan berkemungkinan dapat meningkatkan pergerakan positif Jumaat lepas bersandarkan kepada prestasi di Wall Street.

 

Tetapi, katanya, perkembangan politik yang berlanjutan akan mengehadkan  potensi kenaikan di bursa tempatan.

 

Sementara itu, harga minyak mungkin bertambah baik di tengah-tengah kebimbangan mengenai halangan di perairan Terusan Suez yang berpotensi menyebabkan beberapa gangguan bekalan.

 

"Ini lebih-lebih lagi apabila  peniaga pasaran akan memberi tumpuan kepada kadar harga penghantaran dalam waktu terdekat.

 

“Kami berpendapat kaunter minyak dan gas dapat menarik minat belian, sementara industri perkapalan mungkin lebih berhati-hati kerana pasaran akan mula membuat spekulasi mengenai kadar penghantaran yang lebih tinggi dalam tempoh terdekat ini,” katanya. - DagangNews.com