Kobay Technology sasar mulakan pengeluaran rangka solar pukal bermula 4QFY22 | DagangNews Skip to main content

Kobay Technology sasar mulakan pengeluaran rangka solar pukal bermula 4QFY22

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 21 Feb - Kobay Technology Berhad menyasarkan untuk memulakan pengeluaran rangka solar pukal bermula 4QFY22 di loji seluas 15 ekar yang diperuntukan untuk pembuatan produk tenaga hijau.

 

Hong Leong Investment Bank (HLIB) berkata, kelewatan operasi berdasarkan sasaran awal adalah disebabkan naik taraf pencawang kuasa namun prospek pelanggan kelihatan semakin positif dan kumpulan itu sedang mencipta prototaip untuk pelanggan solar kedua yang berpangkalan di China.

 

Katanya, perniagaan sedia ada berkembang dengan baik terutama dalam sektor semikonduktor, elektrik dan elektronik (E&E) dan aeroangkasa yang menyumbang sebanyak 10% dari segi jualan pada 2QFY22.

 

"Segmen hartanah dijangka menyumbang lebih banyak selepas sektor ekonomi menjadi normal dan kami menjangkakan pendapatan baharu kumpulan daripada sektor farmaseutikal yang dianjangka menyumbang secara positif.

 

"Sebagai tambahan, pengambilalihan Avelon Group (70% pemilikan) pada Ogos 2021 hadir dengan jangkaan keuntungan RM25.5 juta untuk tempoh tiga tahun akan datang," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Firma penyelidikan itu berkata, sebelum ini, Kobay mencatatkan keuntungan bersih pada 2QFY22 sebanyak RM14 juta dan melonjakkan pendapatan 1HFY22 kepada RM24 juta.

 

kobat

 

Peningkatan keuntungan itu siumbangkan daripada pelbagai sektor termasuk semikonduktor dan pembuatan E&E, pembangunan hartanah dan sumbangan daripada farmaseutikal.

 

Kobay juga juga berjaya mendapatkan projek untuk mesin pelayan data pada FY21 dan ia merangkumi tiga bahagian termasuk pemasangan, komponen mekanikal serta Surface Mount Technology (SMT).

 

"Kumpulan ini berjaya membekalkan komponen mekanikal pada 2QFY22 dan dijangka membekalkan komponen elektrikal pada 3QFY22.

 

"Kami mengekalkan saranan 'beli' pada harga sasaran RM7.88 untuk saham Kobay kerana kumpulan itu memiliki struktur perniagaan yang pelbagai termasuk pembuatan, pembangunan hartanah dan famaseutikal," katanya. - DagangNews.com