Kompleks LNG Petronas di Bintulu alami masalah bekalan kuasa | DagangNews Skip to main content

Kompleks LNG Petronas di Bintulu alami masalah bekalan kuasa

Kompleks LNG Petronas di Bintulu. Gambar Michalis Rokas
Oleh M. HERMAN HAMID

KUALA LUMPUR 14 Mei - Malaysia LNG Group of Companies (MLNG), sebuah subsidiari Petronas mengalami masalah kehilangan kuasa kira-kira pada jam 11.30 malam, 10 Mei 2024 di Kompleks LNG Petronas (PLC) di Bintulu. 

 

Menurut Petronas, sebelum kejadian itu, kemudahan tersebut beroperasi pada kecekapan optimum.

 

 

mlng
Loji MLNG. Gambar hiasan BDA

 

"Penyebab kehilangan kuasa telah dikenal pasti dan usaha pemulihan operasi kini sedang berjalan," kata Petronas dalam kenyataan media hari ini.

 

Sementara itu, kata Petronas, MLNG terus berkomunikasi dengan rakan kongsi dan pelanggan untuk mengurangkan impak kejadian tersebut dan memenuhi komitmen kontraknya. - DagangNews.com