KUALA LUMPUR 17 Julai - Konsortium Sea Ltd dan YTL Digital Capital Sdn Bhd kekal dengan perancangan asal bagi membentuk bank digital yang akan dilancar menjelang akhir tahun ini.
Sea merupakan syarikat induk platform eCommerce Shopee. Sea Capital Services Bhd berkata, "garis masa pelancarannya" kekal sejajar dengan pelan yang diluluskan oleh Menteri Kewangan.
"Tarikh permulaan kami yang diluluskan pada penghujung 2024 kekal tidak berubah," katanya dalam satu kenyataan kepada StarBiz.
Daripada lima pemohon lesen perbankan digital yang berjaya diumumkan pada April 2022, konsortium Sea-YTL Digital dan konsortium yang diketuai oleh KAF Investment Bank masih belum melancarkan perkhidmatan mereka.
Tiga lagi bank digital telah dilancarkan sejak akhir tahun lalu.
GXBank telah dilancarkan pada 30 November 2023, diikuti oleh AEON Bank pada 26 Mei dan Boost Bank pada 6 Jun tahun ini.
Sementara itu, Sea Capital Services menyatakan bahawa mereka tetap berdedikasi sepenuhnya untuk kejayaan bank digital yang dicadangkan ini.- DagangNews.com