KUALA LUMPUR 27 Jan. - Sebanyak 50% rakyat Malaysia mendapati kos tinggi yang berkaitan dengan pengiriman wang adalah satu cabaran, menurut satu kaji selidik yang dijalankan syarikat teknologi global, TransferWise.
Kaji selidik itu dijalankan untuk memahami bagaimana pandemik COVID-19 telah mempengaruhi tabiat pengiriman wang bagi mereka yang tinggal di Malaysia.
Berdasarkan kaji selidik itu juga, ia mendedahkan 4 cabaran terbesar yang dihadapi oleh rakyat Malaysia dalam tempoh 12 bulan lalu.
Kepantasan pemindahan adalah pertimbangan signifikan bagi kebanyakan pengguna Malaysia, dengan 61% daripada mereka yang disoal selidik mengatakan bahawa ia faktor penting ketika memilih perkhidmatan pengiriman wang dalam talian.
Satu lagi faktor yang diambil berat oleh 57% rakyat Malaysia adalah masa yang diambil untuk kiriman wang luar negara dikreditkan dalam akaun penerima, kemampuan untuk mengesan status pemindahan mereka dalam masa nyata, yang dapat mereka lakukan dengan TransferWise, akan membantu mengurangkan kegelisahan ini.
Selain itu, 54% responden tidak dapat melakukan pengiriman wang secara fizikal di bank, masa yang diperlukan untuk membuat dan memproses pengiriman wang (51%) dan kos pengiriman wang yang tinggi (50%).
Dengan kebanyakan rakyat Malaysia yang terkesan daripada pandemik, ini menunjukkan semakin meningkatnya keperluan pengguna untuk mendapat akses kepada perkhidmatan pengiriman wang yang lebih murah, pantas, dan efisien.
Pengurus Negara TransferWise Malaysia, Lim Paik Wan berkata, penemuan kaji selidik menyatakan bahawa akibat pandemik dan langkah-langkah perintah kawalan pergerakan (PKP), keperluan untuk perkhidmatan kiriman wang yang lebih murah, pantas, dan efisien menjadi lebih penting bagi rakyat Malaysia.
"Kebanyakan yang disoal selidik mengatakan bahawa mereka tidak dapat ke kaunter bank secara fizikal dan kos pengiriman wang yang tinggi merupakan cabaran dalam tempoh 12 bulan lalu," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, dalam usaha untuk memastikan pengiriman wang dengan kos yang rendah, TransferWise hanya menggunakan kadar pertukaran pasaran-pertengahan (yang boleh didapati di Google) tanpa tambahan kos.
Dengan bayaran rendah yang dinyatakan terlebih dahulu, ini menjadikan perkhidmatan TransferWise sehingga 4 kali lebih murah berbanding dengan perkhidmatan kiriman wang yang lain.
"Di TransferWise, kami ingin menawarkan kepada pelanggan di Malaysia perkhidmatan pengiriman wang dengan kadar rendah, segera dan mudah.
"Kami berharap dapat membolehkan mereka untuk terus melakukan apa yang perlukan dalam kehidupan seharian mereka, sama ada mengirim wang untuk menyokong orang tersayang atau membayar bil," katanya. - DagangNews.com