KUALA LUMPUR 28 Mei – Datang bulan atau haid, sentiasa menjadi topik tabu tidak kira di mana jua anda berada.
Walaupun ia merupakan perkara semula jadi yang berlaku kepada setiap bulan, wanita masih menghadapi beberapa kesan stigma yang menyelubungi isu terbabit.
Stigma menyelubungi haid bukan sahaja menjejaskan mental wanita tetapi turut menjejaskan pendidikan mereka.
Kajian Kemiskinan dan Stigma haid Kotex yang julung kalinya diadakan pada 25 Mei lalu, mendedahkan satu daripada dua kanak-kanak perempuan dilaporkan ingin ponteng sekolah semasa haid mereka.
Kajian yang dikendalikan dalam kalangan hampir 750 wanita berusia antara 10 hingga 24 tahun di seluruh negara merupakan sebahagian daripada matlamat Kotex untuk memahami keadaan kemiskinan dan stigma haid di Malaysia secara lebih mendalam.
Pengarah Pemasaran Kimberly-Clark Malaysia, Martina Jezdikova berkata, kajian menunjukkan lima peratus daripada gadis itu tidak mampu membeli tuala wanita dan menggunakan kain atau kertas, menyebabkan mereka lebih memilih untuk ponteng sekolah.
“Ini menunjukkan bahawa haid belum lagi dianggap sebagai fenomena normal dan kita harus mewujudkan persekitaran yang selamat untuk membolehkan para wanita berbincang tentang cabaran yang mereka hadapi mengenai haid atau tidak berasa malu untuk meminta tuala wanita jika mereka memerlukannya,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.
Sementara itu, Pegawai Bina Kapasiti Women’s Aid Organization (WAO), Gaayathrey Balakrishnan berkata, apabila mereka yang didatangi haid tidak boleh mendapatkan produk sanitari yang bersih dan selamat serta tidak dapat menguruskan haid mereka dengan bermaruah, ia membahayakan kesihatan mereka.
“Keadaan ini boleh menyebabkan risiko kesihatan yang teruk dan jangkitan sistem reproduktif,” katanya.
Layari https://www.kotex.com.my/ untuk maklumat lanjut mengenai pengurusan haid atau mencuba permainan pendidikan kebersihan haid Projek #SheCan di https://www.kotexshecanproject.com/. - DagangNews.com