Krisis Air Selangor: 25 kawasan lagi pulih sepenuhnya | DagangNews Skip to main content

Krisis Air Selangor: 25 kawasan lagi pulih sepenuhnya

Gangguan Air Selangor. - Gambar oleh MyNewsHub

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 7 Sept. - Sebanyak 25 kawasan lagi yang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual telah pulih sepenuhnya setakat pukul 12.30 tengah hari tadi.

Pertambahan jumlah tersebut menjadikan jumlah kawasan yang pulih sepenuhnya adalah sebanyak 973.

Ketua Pegawai Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor (Air Selangor), Elina Baseri berkata, berdasarkan jumlah tersebut, terdapat 319 kawasan yang masih lagi dalam proses pemulihan.

"75.31% daripada 1,292 kawasan yang terlibat telah pulih sepenuhnya.

"Bagi kumpulan 1 yang sepatutnya pulih sepenuhnya pada pukul 12 malam tadi, masih ada 55 kawasan masih belum pulih sepenuhnya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

55 kawasan dalam Kumpulan 1 yang masih belum pulih sepenuhnya.
Senarai 55 kawasan dalam Kumpulan 1 yang masih belum pulih sepenuhnya.

 

Tambah beliau, 55 kawasan yang masih belum pulih dalam Kumpulan 1 itu meliputi beberapa kawasan di Klang/Shah Alam, Gombak dan Kuala Lumpur.

Peratusan pemulihan mengikut wilayah adalah seperti berikut;

  • Petaling                   92.43%
  • Klang/Shah Alam    38.42%
  • Gombak                  76.64%
  • Kuala Lumpur         52.63%
  • Hulu Selangor         100%
  • Kuala Langat           50%
  • Kuala Selangor       99.25%

 

Saranan sama berkaitan penyimpanan dan penggunaan air secara bijak turut ditekankan bagi memastikan proses pemulihan bagi kawasan yang masih terjejas. - DagangNews.com