Kucingko terima kelulusan untuk disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia | DagangNews Skip to main content

Kucingko terima kelulusan untuk disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 30 April - Penyedia perkhidmatan pengeluaran animasi 2D, Kucingko Bhd menerima kelulusan untuk disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Bhd.

 

Tawaran awam permulaan (IPO) syarikat itu akan melibatkan terbitan 200 juta saham biasa, mewakili 40% daripada jumlah saham terbitan yang diperbesarkan bahagian sama sebanyak 100 juta saham setiap satu tersedia di bawah terbitan awam dan tawaran untuk dijual.

 

Kelulusan daripada Bursa Malaysia itu menandakan satu lagi positif, sejak syarikat itu memfailkan prospektusnya pada 12 Disember 2023.

 

Pengarah Eksekutif Kucingko, See Chin Joo berkata, penerimaan kelulusan itu adalah perkara penting kerana ia akan menjadikan mereka sudio pengeluaran animasi pertama disenaraikan di Bursa Malaysia.

 

"Kami merancang menggunakan hasil IPO untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran, mempelbagaikan rangkaian perniagaan di Amerika Syarikat (AS) dan mengukuhkan kedudukan pasaran selain meningkatkan nilai pemegang saham.

 

kucingko
See Chin Joo (kiri) dan Ooi Kok Hong merupakan Pengarah Eksekutif Kucingko.

 

"Sebahagian besar daripada hasil IPO akan diperuntukkan untuk menubuhkan pejabat di Sabah dan Sarawak dan kami yakin dapat memanfaatkan kumpulan bakat baharu dari kedua-dua negeri tersebut bagi melengkapkan pejabat di Kelana Jaya yang memiliki 260 artis," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

Kucingko menerusi Kumpulan Inspidea Sdn. Bhd. berbangga dengan penghasilan animasi 2D termasuk siri animasi dan filem animasi pendek, berjaya menyiapkan 59 projek bernilai RM63.22 juta secara keseluruhannya sepanjang tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020, 2021, 2022, dan enam bulan tempoh kewangan berakhir pada 30 Jun 2023.

 

kucingko

 

Animasi ini, yang dihasilkan melalui imej 2D yang dilukis secara digital, bukan sahaja melangkaui sempadan geografi tetapi juga bergema dengan mendalam dengan pelbagai budaya, kumpulan memperoleh hampir 100% hasil daripada menyediakan perkhidmatan pengeluaran animasi, terutamanya di pasaran antarabangsa, termasuk Amerika Utara, Eropah dan Asia Pasifik. 

 

Chin Joo berkata, sebahagian daripada hasil IPO itu juga akan digunakan bagi membuka pejabat jualan dan pemasaran di AS, membolehkan pihaknya lebih dekat dengan pasaran terbesar mereka dan memudahkan pengurusan manakala selebihnya akan digunakan untuk keperluan modal kerja.

 

Kenanga Investment Bank Bhd merupakan penasihat utama, penaja, penaja jamin dan ejen penempatan untuk Kucingko. - DagangNews.com