Kumpulan Kitacon raih kontrak RM134.8 juta bagi bina lebih 100 rumah teres di Puncak Alam | DagangNews Skip to main content

Kumpulan Kitacon raih kontrak RM134.8 juta bagi bina lebih 100 rumah teres di Puncak Alam

Kumpulan Kitacon Berhad menerima kontrak daripada Tropicana Alam Sdn Bhd untuk kerja-kerja pembinaan rumah teres di Puncak Alam, Selangor. Gmbar hiasan Kitacon
Oleh M. HERMAN HAMID

KUALA LUMPUR 15 April - Kumpulan Kitacon Berhad (Kitacon) menerima kontrak daripada Tropicana Alam Sdn Bhd untuk kerja-kerja pembinaan rumah teres melibatkan nilai kontrak sebanyak RM134.8 juta.

 

Dalam pemakluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Kitacon berkata, anak syarikatnya, Kitacon Sdn. Bhd telah menerima surat anugerah pada 15 April 2024 untuk pembangunan rumah teres dua tingkat di Puncak Alam, Selangor.

 

Menurut syarikat pembinaan itu, kontrak tersebut bermula dari 18 April 2024 untuk tempoh 22 bulan.

 

"Fasa pertama Avisa akan menyaksikan pembangunan 99 buah rumah teres dua tingkat (20' x 70'); 32 buah rumah teres dua tingkat (22' x 70') dan tiga buah pencawang Tenaga Nasional Bhd (double chamber) di Plot C, Persiaran Puncak Alam 6, Bandar Puncak Alam," katanya.

 

ARTIKEL BERKAITAN: Kumpulan Kitacon raih kontrak bernilai RM65 juta bagi pembinaan 182 rumah teres dua tingkat di Dengkil

 

Kontrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih sesaham Kumpulan Kitacon untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 dan seterusnya.

 

"Faktor risiko yang mempengaruhi Kontrak termasuk perubahan dalam persekitaran ekonomi, politik dan kawal selia dan risiko operasi seperti risiko penyiapan dan kekurangan bahan dan buruh mahir yang mana Kumpulan akan mengambil langkah yang sewajarnya untuk mengurangkannya," jelas Kumpulan itu. 

 

Harga saham Kumpulan Kitacon ditutup 0.74 peratus lebih tinggi pada 68.5 sen sesaham pada tengah hari, memberikannya permodalan pasaran RM342.5 juta. - DagangNews.com