DOHA 18 Mac - Kenaf Venture Global Sdn. Bhd. (KVG) menjalin kerjasama dengan Kumpulan Al Rayes dari Qatar bagi meneroka pengembangan ladang kenaf ke rantau global.
Kerjasama tersebut dirasmikan menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KVG, Jazman Shahar Abdollah dan Pengarah Eksekutif, Irfan Hadi Jazman Shahar manakala Kumpulan Al Rayes diwakili oleh Pengerusinya, Sheikh Ahmed Al Rayes.
Menurut Jazman Shahar, KVG gembira dapat bekerjasama dengan Kumpulan Al Rayes dalam memupuk kelestarian melalui pengambilan tanah untuk ladang kenaf dan barisan pemprosesan.
Beliau berkata, perkongsian itu boleh diiktiraf sebagai satu langkah ke hadapan dalam mewujudkan perkongsian global ke arah hala tuju”, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KVG, .
Di bawah perkongsian itu, KVG akan meneroka pengembangan ladang kenaf ke rantau global. Kerjasama itu juga akan menyokong pembesaran tanah dengan bantuan pelaburan dan teknikal untuk pelaburan.
''Melalui kerjasama itu, Kumpulan Al Rayes akan dapat bekerjasama dengan KVG dalam pengembangan kenaf di seluruh dunia.
''Kami berminat untuk mendekati orang ramai di seluruh dunia dan berkongsi peluang peningkatan kualiti hidup melalui tawaran pekerjaan," katanya pada majlis memeterai MoU yang disaksikan oleh Duta Besar Malaysia ke Qatar, Zamshari Shaharan di sini pada 17 Mac 2022.
Jazman berkata, pembesaran ladang kenaf memerlukan bakat tempatan untuk membangunkan ladang yang baru ditubuhkan dan barisan pemprosesan kenaf.
''Ia juga merupakan satu inisiatif untuk menuju ke arah Revolusi Perindustrian dalam bidang pertanian kerana penanaman dan pemprosesan kenaf oleh KVG banyak melibatkan kemajuan teknologi,'' ujar beliau.
Beliau berkata, KVG secara beransur-ansur bergerak ke arah penyahkarbonan dan berminat untuk bekerjasama dengan pihak berkepentingan yang berpotensi untuk merealisasikan matlamat.
Baru-baru ini, KVG telah menandatangani MoU dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di bawah Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pengurangan Risiko Bencana (UNDRR) untuk memupuk kemampanan dan bergerak ke arah penyahkarbonan. - DagangNews.com