KWSP ‘borong’ saham sektor sarung tangan | DagangNews Skip to main content

KWSP ‘borong’ saham sektor sarung tangan

KUALA LUMPUR 25 Sept. - Ketika kaunter sarung tangan terus mengungguli pasaran saham Malaysia terutama pasca COVID-19, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dilihat membeli dengan banyak saham sektor berkenaan. 

Pada minggu lalu, KWSP kembali menjadi pemegang saham besar di Top Glove Corporation Berhad (Top Glove) dengan 5.05% ekuiti selepas memperoleh 13.7 juta saham di syarikat sarung tangan terbesar dunia itu, menurut laporan theedgemarkets. 

Pada Isnin lepas, KWSP membeli 5.1% atau 414.999 saham lagi. 

Selain di Top Glove, KWSP turut mengambil alih sejumlah besar saham di Kossan Rubber Industries Berhad.

Dalam tempoh empat bulan, KWSP telah meningkatkan pemegangan sahamnya di syarikat itu sehingga 8.09%.

KWSP turut menembusi pasaran saham Singapura apabila menjadi pemegang saham besar di Riverstone Holdings Ltd selepas mengambil alih dua juta saham bernilai S$6.58 million (RM19.94 million).

“Oleh itu, KWSP sehingga kini mempunyai kepentingan sehingga 5.13% atau 38.09 juta saham di syarikat sarung tangan Malaysia,” lapor theedgemarkets. 

Setakat tengah hari tadi, saham Top Glove meningkat 12 sen kepada RM8.67, sekali gus menjadi saham kedua terbesar di Bursa Malaysia dari segi modal pasaran. 

Sehingga kini, kaunter itu meningkat sebanyak 452% dari RM1.57.

Saham Kossan pula meningkat sebanyak 82 sen kepada RM13.82. - DagangNews.com