Lazada hantar bekalan keperluan harian semasa PKP 3.0 antara 24 hingga 48 jam | DagangNews Skip to main content

Lazada hantar bekalan keperluan harian semasa PKP 3.0 antara 24 hingga 48 jam


 

KUALA LUMPUR 25 Mei – Sebagai persediaan untuk memenuhi permintaan barangan runcit dalam talian yang semakin meningkat semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 diperketatkan, Lazada telah mengukuhkan operasi logistiknya dengan khidmat penghantaran 24 hingga 48 jam, sambil menyokong rakyat dengan jutaan baucar Penghantaran Percuma setiap hari bagi barangan keperluan.

 

Ketua Pegawai Perniagaan Lazada Malaysia, Sherry Tan berkata, setelah lebih setahun menentang pandemik COVID-19, rakyat Malaysia kini semakin biasa membeli-belah dalam talian untuk mendapatkan barang keperluan harian, seperti yang dibuktikan daripada pembelian barangan runcit di Lazada yang meningkat lebih tiga kali ganda tahun ke tahun semasa PKP 3.0 di seluruh negara.

 

Lazada
Ketua Pegawai Perniagaan Lazada Malaysia, Sherry Tan

 

"Sejak tahun lepas, bilangan peniaga runcit tempatan yang berniaga secara digital menerusi Lazada juga telah meningkat hampir dua kali ganda.

 

"Kami akan terus menghubungkan beribu-ribu peniaga runcit tempatan dengan lebih satu pertiga populasi tempatan yang membeli-belah di aplikasi Lazada setiap bulan,” kata beliau.

 

Ketua Pegawai Logistik Lazada Malaysia, Olivier Petra berkata, pada masa kritikal ini, Lazada mengutamakan penghantaran keperluan harian, seperti barangan segar, pelitup muka, pencuci tangan, barangan rumah, bekalan bayi, dan bekalan haiwan peliharaan.

 

Menurut beliau, rakyat Malaysia boleh membeli dengan tenang dan yakin bahawa Lazada akan menghantar barangan runcit mereka dengan pantas sepanjang tempoh PKP 3.0 yang diperketatkan ini.

 

 

Lazada
Ketua Pegawai Logistik Lazada Malaysia, Olivier Petra

 

 

"Kami menyeru masyarakat tempatan untuk memanfaatkan baucar Penghantaran Percuma yang disediakan setiap hari untuk membeli-belah dari rumah dengan selamat supaya membendung penyebaran COVID-19. Kami juga sentiasa mengamalkan khidmat penghantaran tanpa sentuhan demi keselamatan semua pelanggan dan kakitangan kami,” ujarnya.

 

Pembeli dalam talian boleh mendapatkan akses mudah kepada bekalan sayur-sayuran, buah-buahan, daging, makanan laut, dan bahan masak yang segar, serta barangan keperluan harian daripada ribuan peniaga runcit di halaman ‘Shop From Home’ menerusi pautan (http://lzd.co/MalaysiaShopFromHome).

 

Berjuta-juta baucar harian Penghantaran Percuma* juga disediakan di halaman tersebut dan akan dibekalkan semula setiap hari pada jam 12 tengah malam, untuk memberi bantuan ekonomi kepada rakyat Malaysia yang mendapatkan barangan keperluan di dalam talian. Peniaga-peniaga terpilih di halaman tersebut juga mempunyai penghantaran hari sama, 24 jam, dan 48 jam di Lembah Klang*.

 

Selepas gigih berkhidmat kepada masyarakat sejak tahun lepas, para peniaga runcit yang mengekalkan prestasi dan produk yang berkualiti tinggi telah berjaya mendapatkan kepercayaan komuniti tempatan, seperti yang dilihat daripada penarafan positif mereka yang tinggi.

                           

Perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dialu-alukan untuk mendaftar sebagai penjual baharu di Lazada, tanpa kos, menerusi pautan ini (http://lzd.co/SellOnLazadaMY) dengan memanfaatkan pakej rangsangan Lazada Pintar Niaga. - DagangNews.com