KUALA LUMPUR 5 Sept - Bagi memulakan siri jualan bonanza pada separuh kedua tahun ini, Lazada Malaysia menganjurkan acara tahunan '9.9 Jualan Jenama dan Lebih Lagi' bermula 9 hingga 11 September 2022.
Para pelanggan boleh merebut tawaran dan promosi dari ribuan jenama dan peniaga dengan pembelian lebih berbaloi menerusi ciri Program Keahlian LazMall Store (LazMall Store Membership Programme) dan Cuba & Beli (Try & Buy), serta baucar penghantaran percuma kegemaran ramai.
Di samping itu, para pelanggan juga boleh membeli produk buatan Malaysia dari peniaga tempatan semasa jualan 9.9 untuk menyumbang kepada inisiatif Sapot Lokal x Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) demi menjana pertumbuhan ekonomi Malaysia.
Dengan LazMall Store Membership, para pelanggan akan memperolehi mata ganjaran menarik apabila mendaftar sebagai ahli serta akses kepada baucar ahli eksklusif untuk menikmati penjimatan berganda dengan jenama yang mengambil bahagian.
Bagi pelanggan yang ingin mencuba produk tertentu sebelum membeli produk bersaiz penuh, mereka boleh menggunakan ciri Try & Buy untuk membeli produk percubaan pada harga serendah 30 sen bagi pelanggan yang membeli produk bersaiz penuh tanpa mencuba, mereka boleh menikmati diskaun tambahan daripada jenama tersebut.
Ketua Pegawai Perniagaan Lazada Malaysia, Chenxi Zhou berkata, Lazada sentiasa mencari cara terbaharu yang dapat mencetuskan keterujaan dalam kalangan para pelanggan dengan aktiviti berciri eksperiensial, lantas memberikan mereka pengalaman membeli belah yang lebih mengasyikkan.
"Menerusi kolaborasi dengan jenama dan para peniaga, bagi jualan 9.9 kali ini kami berusaha untuk memaparkan kelainan dengan promosi dan program beli-belah yang menarik bagi pelanggan Malaysia, sementara menawarkan keseronokan yang menghiburkan dengan Mega Show kami.
"Saya amat teruja untuk meraikan suatu lagi edisi 9.9, di samping memacu dan merangsang pertumbuhan rakan jenama dan para peniaga kami,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sepanjang Jualan 9.9, setiap pelanggan boleh mengumpul sebanyak 10 baucar penghantaran percuma yang akan dikeluarkan dan diperbaharui setiap hari. Kumpul dan tebus baucar istimewa penghantaran percuma tanpa perbelanjaan minimum yang hanya boleh didapati pada Sabtu dan sepanjang Jualan 9.9.
Bagi menggandakan keceriaan, Lazada kembali dengan mega show dua hari pada 8 dan 9 September, bermula pukul 9 malam, orang ramai boleh menonton Lazada Experts and Beyond 9.9 Mega Show di LazLive dan laman rasmi Lazada di YouTube, Instagram, Twitter, Facebook, dan TikTok.
Mereka boleh menyaksikan selebriti seperti Nabila Razali, Nora Danish, Naim Daniel, Syafiq Aiman serta pakar-pakar LazLive+ iaitu chef selebriti, Sherson Lian; pakar kecergasan, Jordan Yeoh; juara gaming, Jaasuzuran dan kumpulan pop, Dolla.
Meneruskan kolaborasi dengan Resorts World Genting, Lazada bakal membawakan pengalaman immersif membeli belah 9.9 yang mengasyikkan menerusi Digital Out-Of-Home (DOOH) di Sky Avenue, Resorts World Genting.
Para pelanggan boleh menaiki keretapi kecantikan di alam maya bersama duta jenama 9.9 Lazada, Nora Danish dan merasai teleportasi ke alam beli belah dalam talian, yang mana mereka boleh berhias dan berseri dengan penuh glam untuk perjalanan ke Resorts World Genting dengan hanya satu klik.
LazMall akan membawakan tawaran luar biasa Crazy Brand Mega Offers dengan diskaun sehingga 80% di antara pukul 12 hingga 2 pagi pada 9 September. Selain itu, dari 9 hingga 11 September, para pelanggan yang mendapatkan produk terpilih dengan tanda Lazada Bonus boleh menikmati diskaun sebanyak RM9 bagi setiap pembelian RM99.
Bermula dari 9 hingga 11 September, Lazada menawarkan diskaun sehingga 90% menerusi Crazy Flash Sale. Surprise Boxes yang mengandungi barangan menarik daripada kategori fesyen, kecantikan, dan banyak lagi boleh direbut bermula dari 10 pagi, 2 petang dan 6 petang pada 9 September. - DagangNews.com