KUALA LUMPUR 23 Nov - Lazada menawarkan diskaun sehingga 80% bagi produk berjenama sempena Jualan Hari Gaji Black Friday Cyber Monday Lazada mulai 25 hingga 28 November 2022.
Lazada dalam satu kenyataan berkata, pelanggan boleh menebus baucar potongan sebanyak 10% dan juga RM10 dengan pembelian minimum RM100.
"Malahan, terdapat banyak lagi tawaran hebat untuk pelbagai produk pada harga serendah RM25, dan juga promosi terhad serendah RM1 pada pukul 3 petang dan 7 malam sepanjang 4 hari jualan tersebut.
"Bagi peminat bolasepak Piala Dunia, serta mereka yang inginkan pembelian berbaloi untuk produk elektronik, fesyen dan kecantikan, dapatkan baucar potongan 30% daripada jenama yang mengambil bahagian pada tarikh terpilih, di samping baucar Penghantaran Percuma tanpa pembelian minimum," katanya.
Tambahnya, orang ramai boleh klik pada banner kempen Jualan Hari Gaji Black Friday Cyber Monday Lazada pada Halaman Utama di aplikasi Lazada untuk maklumat lanjut mengenai promosi, dan maksimumkan penjimatan dengan pelbagai diskaun serta baucar.
Muat turun aplikasi Lazada dan ikuti Lazada Malaysia di Facebook @LazadaMalaysia, Instagram @lazada_my, Twitter @LazadaMY dan YouTube. - DagangNews.com