KUALA LUMPUR 28 Jun - Leap Generation Sdn Bhd mengumumkan pelantikan Goh Liu Ying, bekas pemain badminton kebangsaan serta pemenang pingat perak acara beregu campuran Olimpik Musim Panas 2016, sebagai duta jenama rasmi.
Pelantikan tersebut diumumkan bersempena pengenalan produk terbaru beleap Wet Wipes, satu rangkaian tisu basah yang inovatif, mesra alam, dan berkualiti premium.
Direka untuk memenuhi pelbagai keperluan, beleap Wet Wipes menetapkan penanda aras baharu untuk kelestarian dan kecemerlangan bagi produk penjagaan diri.
Majlis rasmi memeterai perjanjian pelantikan Goh dijadualkan pada 3 Julai ini di ibu negara, yang dijangka dihadiri Pengarah Eksekutif Jenama, Jualan & Pemasaran di KL Wellness City, Dato’ Sri Dr. Vincent Tiew dan Pengurus Pembangunan Perniagaan Leap Generation, Kan Zhi Yi.
Pada majlis itu juga Leap Generation akan memperkenalkan empat jenis beleap Wet Wipes yang berbeza, iaitu tisu basah badan, tisu basah bayi, tisu basah anti-bakteria, dan tisu basah penanggal solekan pada pelancaran rasminya.
Tisu basah ini tersedia dalam dua saiz, iaitu saiz standard (60gsm/40 keping) dan saiz perjalanan (60gsm/10 keping):
● Tisu basah Anti-bakteria: Lindungi diri anda daripada bakteria! Tisu basah beleap mengandungi agen antibakteria yang kuat untuk membantu membunuh 99.9% bakteria semasa digunakan. Sama ada anda berada di rumah, di tempat kerja, atau dalam perjalanan, tisu basah ini sangat sesuai untuk memastikan permukaan bersih dan bebas daripada bakteria berbahaya.
● Tisu basah Bayi: Berikan penjagaan terbaik untuk bayi anda dengan tisu basah bayi postbiotik kami! Tisu basah bayi beleap mengandungi bahan postbiotik semula jadi yang membantu menyokong penghalang kulit semula jadi bayi anda, menjadikannya sihat dan terjaga. Tisu basah ini tidak mengandungi bahan kimia atau wangian berbahaya.
● Tisu basah Badan: Kesegaran tahan lama untuk keyakinan sepanjang hari! Tisu basah badan beleap dibuat dengan bahan-bahan vegan yang membantu mencegah dan menghilangkan bau badan, menjadikan kulit anda bersih dan segar. Tisu basah ini lembut dan berkesan, sesuai untuk digunakan semasa dalam perjalanan atau selepas bersenam.
● Tisu basah Penanggal Solekan: Alami pembersihan yang lembut tetapi berkesan! Tisu basah penanggal solekan beleap direka khas untuk menanggalkan solekan dan kekotoran dari kulit anda sambil menenangkan dan meningkatkan kelembapan kulit. Dengan bahan semulajadi seperti aloe vera dan timun, tisu basah ini membantu menenangkan serta menyegarkan kulit anda, sekaligus menghilangkan kotoran, minyak, dan solekan. - DagangNews.com