Lebih 14 juta dos vaksin COVID-19 diterima bulan ini | DagangNews Skip to main content

Lebih 14 juta dos vaksin COVID-19 diterima bulan ini

.

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 6 Julai - Malaysia bakal menerima sebanyak 14,395,330 dos vaksin bagi Julai 2021.

 

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) berkata, jumlah berkenaan meliputi tiga jenis vaksin iaitu Pfizer, AstraZeneca dan Sinovac.

 

Bagi vaksin jenis Pfizer, sebanyak 6.4 juta akan diterima melalui penghantaran daripada Pfizer dan sumbangan daripada kerajaan Amerika Syarikat (AS).

 

Sementara itu, sebanyak 1.5 juta dos vaksin jenis AstraZeneca diterima melalui penghantaran dari kilang AstraZeneca di Thailand.

 

/

 

Jumlah vaksin tersebut juga diperoleh melalui sumbangan daripada kerajaan Jepun.

 

Bagi Sinovac, sebanyak 6.3 juta dos diterima melalui penghantaran daripada Pharmaniaga (Lot Release NPRA) serta sumbangan daripada kerajaan China.

 

Bagi rekod vaksinasi negara setakat 5 Julai 2021, jumlah kumulatif pemberian dos vaksin di Malaysia mencecah 9.3 juta.

 

Jumlah kumulatif tersebut terdiri daripada 6.5 juta pemberian dos pertama dan 2.7 juta bagi pemberian dos kedua.

 

Sehubungan itu, peratusan populasi rakyat Malaysia yang telah disuntik vaksin COVID-19 bagi dos pertama meningkat kepada 20.2%.

 

Populasi yang berjaya melengkapkan dua dos vaksin pula meningkat kepada 8.4% hingga 5 Julai 2021. - DagangNews.com