Leform terima kelulusan untuk disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia | DagangNews Skip to main content

Leform terima kelulusan untuk disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 13 Sept - Syarikat pembuatan dan perdagangan produk keluli, Leform Berhad telah menerima kelulusan untuk disenaraikan di Pasaran ACE, Bursa Melaysia Securities Berhad. 

 

Pengarah Urusannya, Law Kok Thye berkata, penggunaan keluli global mencatatkan peningkatan ketara dan Malaysia merupakan pengeksport keluli ketiga terbesar pada 2020.

 

Beliau berkata, bagi pasaran domestik, pihaknya percaya peningkatan permintaan daripada sektor pembinaan, pembuatan automotif serta industri perabot akan kekal menjadi penyumbang dan ia menjadi petanda baik dengan rancangan pertumbuhan kumpulan pada masa hadapan.

 

"Proses penyenaraian itu hadir tepat pada masanya dan sesuai dengan situasi semasa.

 

"Penyenaraian ke Pasaran ACE akan membolehkan kumpulan itu memanfaatkan pasaran modal ekuiti untuk mengumpul dana dalam memulakan fasa pengembangan seterusnya.

 

"Menerusi penyenaraian itu, Leform akan mengukuhkan lagi kedudukannya dalam industri keluli dengan fleksibiliti kewangan dan keupayaan operasi yang dipertingkatkan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

Leform menyasarkan untuk disenaraikan pada 4QFY22.

 

MIDF Amanah Investment Bank Berhad merupakan penasihat utama, penaja, penaja jamin urusan dan ejen penempatan untuk pelaksanaan tawaran awam permulaan (IPO) kumpulan itu. - DagangNews.com