Legacy Credit muncul sebagai pemegang saham besar VCI Global, selepas melabur sebanyak AS$2.5 juta | DagangNews Skip to main content

Legacy Credit muncul sebagai pemegang saham besar VCI Global, selepas melabur sebanyak AS$2.5 juta

Nelson Goh (kiri) bertukar dokumen dengan Datuk Victor Hoo dalam satu majlis yang diadakan di ibu negara baru-baru ini.
Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 24 April - Legacy Credit Sdn Bhd muncul pemegang saham besar VCI Global Limited selepas mengumumkan pelaburan melebihi 5% melalui penempatan persendirian di dalam syarikat itu.

 

Menerusi perjanjian penempatan saham itu, Legacy Credit membuat pelaburan sejumlah AS$2.5 juta.

 

Pelaburan itu mencerminkan komitmennya dalam meningkatkan rumusan penyelesaian kewangan selain mengembangkan pengaruhnya di seluruh rantau ASEAN.

 

VCI Global mempunyai rekod prestasi cemerlang dalam memudahkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk disenaraikan di pasaran saham Nasdaq bagi meneroka pasaran antarabangsa.

 

Kerjasama itu dijangka memanfaatkan rangkaian kewangan Legacy Credit dan keupayaan teknikal VCI Global bagai memupuk pertumbuhan ekonomi dan inovasi.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Legacy Credit, Nelson Goh berkata, pelaburan dalan VCI Global adalah lebih daripada sekadar usaha kewangan tetapi ia adalah pakatan strategik.

 

"Menerusi langkah ini, kami menyasarkan untuk menggabungkan keupayaan VCI Global dengan pendekatan inovatif kami bagi membuka laluan baharu kepada PKS ASEAN di platform antarabangsa seperti Nasdaq," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

Dengan langkah ini, kami menyasarkan untuk menggabungkan keupayaan VCI yang dihormati dengan pendekatan inovatif kami untuk membuka laluan baharu bagi PKS ASEAN di platform global seperti Nasdaq.”

 

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif VCI Global, Datuk Victor Hoo berkata, pihaknya mengalu-alukan kehadiran Legacy Credit sebagai pelabur dan keyakinan mereka terhadap mereka.

 

"Pelaburan Legacy Credit akan meningkatkan perniagaan serta mempercepatkan trajektori pertumbuhan kumpulan serta memacu nilai jangka panjang untuk pihak berkepentingan kami dan ia juga menunjukkan komitmen kumpulan untuk pertumbuhan syarikat selanjutnya," katanya. - DagangNews.com