Lindungi diri daripada `Scammer Cinta' dan `Scammer MNC' bentuk baharu | DagangNews Skip to main content

Lindungi diri daripada `Scammer Cinta' dan `Scammer MNC' bentuk baharu

Artikel ini adalah Panduan Komprehensif Kesedaran Mengenai Penipuan/ Scammers. - Gambar Bermix Studio

IDEA "pencegahan penipuan" tidak begitu dikenali, namun ia meningkatkan pengetahuan dan arahan mengenai penipuan serta pencegahan penipuan. Terdapat pelbagai jenis penipuan dan perbuatan penipuan termasuk pancingan data, curi identiti, tipu telepemasaran, tipu dalam talian, tipu cinta dan banyak lagi.

 

Penipuan cinta juga telah menyumbang kepada peningkatan jumlah penipuan setiap tahun. Pada tahun 2020, 30% warga bujang di Malaysia mengalami lebih banyak penipuan melalui aplikasi janji temu; manakala pada tahun 2021 jumlah itu meningkat dengan ketara kepada 50% dan 64% pada tahun 2022.

 

Golongan penipu cukup bijak bermain dengan psikologi mangsa. Penipu cinta biasanya akan mula memberitahu mangsa tentang masalah mereka untuk mendapatkan simpati.

 

Taktik-taktik lain yang gemar digunakan oleh penipu adalah bercerita mengenai ahli keluarga yang sakit atau hampir mati, mempunyai perniagaan yang tidak berjalan lancar, percubaan melabur dalam perniagaan baharu tetapi menghadapi masalah, tidak mempunyai keluarga atau rakan yang rapat dan tiada orang lain untuk mereka meminta bantuan atau mendapatkan sokongan apabila perlu. Dari sini, mereka akan secara perlahan-lahan meminta sumbangan dari simpanan mangsa atau meminjam wang.

 

 

Violet Lim
    Violet Lim, Pengasas & CEO Lunch Actually

 

 

Orang bujang mungkin lebih terbuka untuk menerima hubungan romantik dan mempunyai keperluan yang besar untuk mendapatkan teman hidup. Penipu sering mengambil kesempatan daripada keinginan mangsa untuk pendekatan emosi dan cinta. Dengan berbicara masalah kehidupan peribadi mereka secara terbuka, orang bujang cenderung cepat merasa tersentuh dan ingin menyumbang untuk membantu mereka.

 

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Lunch Actually berkongsi petunjuk ringkas yang mungkin berguna untuk membantu orang bujang agar lebih peka terhadap penipuan cinta terutamanya melalui aplikasi janji temu, bersama dengan beberapa petua untuk membantu orang bujang mengelakkan diri daripada menjadi mangsa:

 

  • Kisah hidup mereka biasanya terlalu hebat untuk menjadi kenyataan 

    Jika seseorang menunjukkan gaya hidup mewah: bercuti di atas kapal layar, mengembara ke seluruh dunia, atau bergambar dengan kereta mewah mereka, dan sebagainya. Pastikan anda tidak mudah mempercayainya. Pada zaman sekarang, apa sahaja boleh disewa termasuk harta yang mewah.

 

  • Mereka tidak pernah berpangkalan di bandar anda 

    Penipu dalam talian cenderung berpangkalan di luar negara. Atau, dalam senario yang jarang berlaku adalah mereka akan mengatakan yang mereka sentiasa berada di luar negara menjalankan perniagaan atau ditempatkan sementara di luar negara untuk bekerja. Mereka secara konsisten tidak pernah dapat mengatur pertemuan dengan anda.

 

  • Sangat segak, sangat lawa

    Jika orang yang dipadankan dengan anda terlalu cantik, seperti supermodel - anda boleh menggunakan Google Reverse Image Search untuk menyemak ketulenan foto tersebut! Ramai penipu sering menggunakan gambar model dari internet seolah-olah gambar itu milik mereka sendiri.

 

  • Apabila pergi ke pertemuan pertama, berjumpa di tempat awam, seperti pusat membeli-belah atau restoran, pada waktu siang. 

    Biasanya, penipu mengelakkan tempat awam kerana mereka takut seseorang mungkin akan mengenali mereka. Jika pasangan anda mengelak daripada bertemu dengan anda di tempat awam, anda boleh mencurigai mereka. Ketika bertemu seseorang yang hampir tidak anda kenali di kawasan awam, terutamanya pada waktu siang, akan memberikan anda keselamatan kerana anda boleh meminta bantuan pada bila-bila masa jika ada keperluannya.

 

  • Beritahu rakan anda bahawa anda akan pergi janji temu (dating), bila, di mana dan dengan siapa anda bertemu. 

    Berikan maklumat terperinci kepada orang yang anda percayai apabila anda pergi janji temu dengan seseorang yang anda kenali melalui aplikasi janji temu. Hantarkan lokasi secara langsung, nombor pasangan anda dan butiran lain tentang pertermuan tersebut. Mengambil langkah keselamatan sebelum pertemuan adalah lebih baik daripada melepaskan kewaspadaan.

 

Lunch Actually sering berkongsi tentang cara untuk mengelak penipu cinta, dan sebagai perintis dan syarikat janji temu terbesar di Asia, juga menjadi sasaran penipu. Bentuk penipuan baharu muncul: Penipuan Melalui E-mel Syarikat Multinasional.

 

Penipu mengetahui bahawa Lunch Actually beroperasi di 6 negara yang berbeza. Mereka menggunakan jarak negara untuk menipu rakan sekutu di kesemua negara tersebut. Memandangkan saluran komunikasi utama kebanyakannya dalam talian, ia menjadi mudah untuk menyasarkan syarikat multinasional ini.

 

Oleh itu, mereka berpura-pura menjadi Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat besar dan menggunakan tekanan psikologi terhadap rakan sekerja. Justeru, ini akan membuatkan mereka menuruti arahan secara langsung tanpa mengikut kebenaran.

 

Dengan pengalaman selama 19 tahun dalam industri janji temu, Lunch Actually sudah bersedia untuk mencegah penipuan baharu ini.

 

Penipu menyamar sebagai Ketua Pegawai Eksekutif kami, Violet Lim, melalui e-mel dan berpura-pura menyediakan beberapa hadiah untuk rakan sekerja. Penipu cuba meyakinkan dengan meminta untuk membeli kad hadiah, menghantar invois dan mendapatkan bayaran balik serta-merta.

 

Bentuk tindakan penipuan baharu ini tidak menipu mana-mana rakan sekerja. Berikut ialah beberapa petua untuk mencegah penipuan bagi syarikat dan rakan sekerja:
 

  1. Pastikan rakan sekerja dimaklumkan 

    Pertahanan terbaik adalah pengetahuan. Menyelaraskan diri dengan skim dan teknik penipuan terkini boleh menjadi bentuk pencegahan utama. Pastikan berkongsi dengan rakan sekerja untuk tetap peka terhadap trend penipuan semasa dan sentiasa mengikuti amalan keselamatan terkini. Kekalkan pendekatan proaktif, untuk melindungi syarikat dan rakan sekerja daripada penipuan sepanjang tahun dan ini adalah amat penting.

 

  1. Berwaspada semasa melayari internet

    Elakkan daripada mengklik pautan yang meragukan dan memuat turun lampiran daripada sumber yang tidak dikenali. Berhati-hati dengan e-mel penipuan; pastikan anda mempercayai domain e-mel syarikat dan mengabaikan nama pengirim. Biasanya, penipu akan menggunakan nama CEO bersama dengan jawatan, tetapi jarang sekali mereka mempunyai alamat e-mel/domain yang serupa.

 

  1. Gunakan kata laluan yang kukuh dan lindungi data peribadi 

    Pastikan akaun dalam talian anda mempunyai kata laluan yang kukuh dan unik, dan pertimbangkan untuk menggunakan pengurus kata laluan. Kongsi butiran kewangan dan peribadi anda dengan berhati-hati, sama ada dalam talian atau luar talian. Pastikan anda mengaktifkan Pengesahan Dua Faktor (2FA) untuk meningkatkan keselamatan. Di mana sahaja anda boleh, aktifkan 2FA untuk akaun dalam talian anda.

 

  1. Semak permintaan  

    Sebelum menjawab sebarang soalan atau menghantar apa-apa maklumat sebagai tindak balas kepada bidaan yang tidak diminta untuk maklumat peribadi atau kewangan, pastikan peminta adalah siapa yang mereka katakan dengan menggunakan sumber yang boleh dipercayai.

 

  1. Perhatikan tanda bahaya  

    Bersikap ragu terhadap tawaran yang kelihatan terlalu bagus ataupun yang memberi tekanan besar untuk membeli, dan laporkan penipuan tersebut. Jika anda mengesan penipuan atau aktiviti penipuan, laporkan kepada pihak berkuasa atau organisasi yang berkenaan.

 

  1. Semak kredit anda  

    Kerap menyemak laporan kredit anda untuk mengesan sebarang aktiviti yang tidak dibenarkan atau mencurigakan.

 

Dulu, kita selalu berpendapat golongan warga tua berkemungkinan besar menjadi mangsa penipuan kerana mereka adalah sasaran yang lebih mudah bagi penipu.

 

Mereka kurang berpengalaman dengan teknologi moden dan mungkin juga mengalami masalah deria atau gangguan kognitif yang meningkatkan kecenderungan mereka terhadap penipuan.

 

Penipu pada masa kini lebih maju dan menyasarkan golongan milenium. Memandangkan golongan milenium lebih kerap berada dalam talian berbanding dengan golongan warga tua, pendedahan kepada penipuan semakin meningkat.

 

"74% daripada rakan sekerja kami dan 41% daripada pelanggan kami adalah dari golongan milenium, dan pernah dihubungi oleh penipu. Pada masa kini, penipuan tidak semestinya hanya khusus kepada golongan umur dan pekerjaan tertentu, sesiapa pun boleh dihubungi dengan mudah oleh penipu dalam pelbagai cara. Oleh itu, kita perlu sentiasa mengikuti skim penipuan terkini. Sebagai sebuah syarikat, kita juga perlu kerap mengemaskini dan berkongsi teknik baharu untuk mengatasi penipuan." kata Violet.

 

Orang ramai dan organisasi harus menggunakan amalan internet yang selamat, memberikan maklumat peribadi dengan berhati-hati dan sentiasa peka dengan penipuan yang berleluasa untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa. - DagangNews.com