Liverpool FC teruskan kerjasama dengan Al-Ikhsan Sports untuk jangka panjang | DagangNews Skip to main content

Liverpool FC teruskan kerjasama dengan Al-Ikhsan Sports untuk jangka panjang

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 8 Julai - Liverpool FC menyambung kerjsama semasa mereka bersama Rakan Runcit Rasmi kelab itu di Malaysia, Al Ikhsan Sports untuk jangka masa panjang.

 

Al-Ikhsan Sports merupakan peruncit sukan No.1 di Malaysia dan menguruskan kedai berjenama LFC di luar dan dalam talian.

 

Naib Presiden Kanan untuk Barang Dagangan di Liverpool FC, Mike Cox berkata, pihaknya teruja untuk meneruskan kerjasama dengan Al-Ikhsan Sports yang merupakan rakan terbaik mereka di Malaysia.

 

"Ini bermakna peminat kami di Malaysia boleh terus mendapatkan barangan rasmi kelab yang terkini kepada mereka.

 

"Kerjasama itu juga akan menghasilkan beberapa projek menarik dengan kedai pertama LFC akan dibina di Malaysia tidak lama lagi," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Al-Ikhsan Sports, Vach Pillutla berkata, ia merupakan penghormatan yang besar untuk meneruskan kerjasama bersama kelab itu buat penggal kedua berturut-turut.

 

Katanya, Liverpool merupakan antara kelab paling berjaya dan kelab paling ikonik di peringkat global selain memiliki peminat yang ramai di Malaysia.

 

"Menerusi kerjasama yang terjalin sejak lebih tiga tahun lalu berjaya mendekatkan pengalaman Anfield dengan peminat di Malaysia

 

"Bagi fasa seterusnya, kami berhasrat untuk membuka kedai perdana LFC dan membawa keseluruhan pengedaran ke lebih 100 lokasi di seluruh Malaysia menjadikan pengalaman Anfield boleh dirasai oleh lebih ramai peminat," katanya. - DagangNews.com