Lotus Cars Malaysia umum harga baharu model Eletre dan Emira bermula RM698,000 | DagangNews Skip to main content

Lotus Cars Malaysia umum harga baharu model Eletre dan Emira bermula RM698,000

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 18 Sept - Lotus Cars Malaysia, pemegang francais tunggal untuk kenderaan Lotus di Malaysia mengemas kini harga rangkaian model elektrik Eletre Hyper-SUV dan kereta sports premium Emira berkuat kuasa serta-merta.

 

Perubahan harga itu berikutan perkembangan pertukaran ringgit berbanding mata wang asing utama dalam beberapa bulan kebelakangan ini. 

 

Berbeza dengan harga anggaran asal yang diumumkan pada majlis pelancaran di Malaysia April lalu, harga cadangan untuk varian pertengahan Eletre S kini ialah RM698,000 (naik daripada RM648,000). Manakala varian tertinggi Eletre R kini berharga RM838,000 (naik daripada RM798,000).

 

Harga Eletre yang disenaraikan berkuat kuasa di Semenanjung Malaysia dan Langkawi. Harga baharu untuk varian asas Eletre akan diumumkan kelak memandangkan ia tidak ditawarkan sehingga sekurang-kurangnya pada tahun 2025. 

 

Bagi rangkaian model Emira pula, harga asal untuk Emira i4 First Edition empat silinder yang baru diperkenalkan ialah RM1,095,000 (Semenanjung Malaysia) dan RM509,000 (Langkawi) bermula 1 September bagi semua tempahan baharu. 

 

Unit terhad masih ada pada harga pengenalan RM998,800 berdasarkan kepada siapa cepat dia dapat. Sementara Emira V6 First Edition kini pula berharga RM1,289,000 di Semenanjung Malaysia (naik daripada RM1,205,800) dan RM529,000 di Langkawi (naik daripada RM478,800). 

 

Emira V6 First Edition versi automatik kini ditawarkan pada harga RM1,309,000 di Semenanjung Malaysia (naik daripada RM1,225,800) dan RM539,000 di Langkawi (naik daripada RM493,800). 

 

 

lotus

 

 

lotus

 

 

Harga yang disenaraikan untuk Emira adalah harga di atas jalan tidak termasuk insurans, dengan cukai untuk Semenanjung Malaysia dan bagi pulau bebas cukai Langkawi.

 

Sementara itu, ketiga-tiga varian Eletre, Eletre S dan Eletre R hadir dengan rangkaian kuasa dua motor elektrik dan pacuan semua roda (AWD). Varian asas Eletre dan Eletre S menawarkan kuasa 603hp dan tork 710Nm dengan prestasi pecutan 0-100 km/j dalam masa 4.5 saat, pecutan 80-120 km/j kurang 2.2 saat dan kelajuan maksimum 258km/j.

 

 

lotus

 

 

Varian tertinggi Eletre R pula menawarkan kuasa luar biasa 905hp dan tork 985Nm. Ia mampu memecut dari 0-100 km/j dalam masa hanya 2.95 saat dan pecutan 80-120 km/j kurang 1.9 saat dengan kelajuan maksimum 265 km/j, sekali gus menjadikannya sebuah SUV elektrik dua motor paling laju di dunia. 

 

 

lotus

 

 

lotus

 

 

Dibina di atas platform serba baharu dan sangat versatil iaitu Lotus Electric Premium Architecture (EPA) dengan keupayaan 800-volt serta pengecasan pantas 350kW, Eletre boleh mencapai tempoh pengecasan 10-80% dalam masa cuma 20 minit. Ia juga memiliki keupayaan menerima standard pengecasan AC 22kW. 

 

Mereka yang berminat untuk melihat secara dekat kedua-dua model ini boleh mengunjungi Lotus Store di Level 3, Pavilion Kuala Lumpur sehingga 30 September 2023. 

 

 


lotus

 

 

lotus

 

 

Di sana, Eletre S berwarna kuning (Solar Yellow) dan Emira V6 berwarna merah (Magma Red) ada dipamerkan. Gayaan luaran dan dalaman Emira i4 adalah sama seperti varian V6.  - DagangNews.com