MAHB perkasa tahap siap siaga hadapi bencana udara menerusi pentauliahan 55 anggota baharu pasukan AFRS | DagangNews Skip to main content

MAHB perkasa tahap siap siaga hadapi bencana udara menerusi pentauliahan 55 anggota baharu pasukan AFRS

Bacaan ikrar para pegawai dan anggota sebagai tanda memikul tanggungjawab dan amanah menjaga keselamatan kebombaan lapangan terbang.
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 18 Dis - Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) sekali lagi memperkasakan tahap kesiapsiagaan lapangan terbang menghadapi bencana udara menerusi pentauliahan seramai 55 orang pegawai dan anggota baharu pasukan Perkhidmatan Bomba dan Menyelamat Lapangan Terbang (AFRS).

 

Majlis pentauliahan itu diadakan bersempena Majlis Perbarisan Tamat Latihan Asas atau Passing Out Parade (POP) edisi ke-12 baru-baru ini. 

 

Ia menyaksikan seramai 12 kadet ditauliahkan sebagai pegawai AFRS, manakala seramai 43 orang rekrut lain ditauliahkan sebagai anggota AFRS.  

 

Semua pelatih menjalani program intensif hampir 5 bulan, yang mana pelatih telah dilengkapi dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran tertentu untuk menghadapi situasi kecemasan dan memadam serta menyelamat. 

 

Para pelatih turut diuji dari sudut daya ketahanan fizikal dan intelektual sepanjang tempoh latihan selepas proses pemilihan dijalankan.

 

Pada majlus itu, turut diadakan demonstrasi menyelamat oleh pegawai dan anggota dalam situasi kecemasan. 

 

 

MAHB
Normah Osman diiringi oleh Pengurus Besar AFRS, Muhammad Hidayat Ismail melakukan pemeriksaan perbarisan 55 orang anggota dan pegawai baharu AFRS.

 

 

Para pelatih didedahkan kepada modul-modul seperti kawad kaki dan kebombaan,pembiasaan pesawat dan lapangan terbang, alat pernafasan, memadam dan menyelamat, pengurusan mangs dan operasi jentera.

 

 

MAHB

 

 

MAHB

 

 

Selain itu, ia termasuk asas pemadaman api, operasi pengendalian barang-barang berbahaya (HAZMAT), operasi memadam dan menyelamat melibatkan kemalangan, kursus asas pertolongan kecemasan serta beberapa lagi modul jangka pendek.

 

Majlis terebut yang dirasmikan Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Pengangkutan, Normah Osman. - DagangNews.com