Mak Joon Nien, rakyat Malaysia pertama dilantik sebagai MD, CEO Standard Chartered Malaysia | DagangNews Skip to main content

Mak Joon Nien, rakyat Malaysia pertama dilantik sebagai MD, CEO Standard Chartered Malaysia

Mak Joon Nien
Oleh JOHARDY IBRAHIM

KUALA LUMPUR 18 Ogos - Standard Chartered Malaysia mengumumkan pelantikan rakyat Malaysia pertama, Mak Joon Nien sebagai Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), berkuat kuasa hari ini. Beliau akan melaporkan kepada Patrick Lee, Ketua Pegawai Eksekutif Kluster, Singapura dan pasaran ASEAN.

 

Mak memulakan kerjayanya yang memasuki tahun ke-25 sebagai pelatih siswazah dengan Standard Chartered Malaysia pada tahun 1997. Beliau membawa pengetahuan mendalam mengenai bidang perbankan yang pelbagai dan telah memegang beberapa jawatan dalam perniagaan Penggabungan dan Pemerolehan serantau dan Leveraj Kewangan di Singapura.

 

Sepanjang lima tahun yang lalu, Mak mengetuai CCIB di Malaysia dan mengubah perniagaan melalui pembinaan pasukan bertaraf dunia dan membangunkan strategi berpusatkan pelanggan sepenuhnya untuk memberikan yang skala dan daya tahan lebih baik.

 

Mak akan mengambil alih tampuk pemerintahan daripada Abrar A. Anwar, yang telah menjadi CEO Malaysia sejak 2017. Abrar dan pasukannya telah memainkan peranan penting dalam melaksanakan transformasi strategik Bank dan menambah baik persekitaran kawalan.

 

Di bawah kepimpinannya, Abrar mengemudi 7,500 tenaga kerja Malaysia melalui era pandemik, membantu pelanggan memanfaatkan peluang, dan meletakkan bank tersebut dengan baik semasa ekonomi pulih.

 

Abrar ialah peneraju yang disegani dalam industri bank dan memenangi pelbagai anugerah termasuk FinanceAsia Bank Asing Terbaik dan Syarikat Terbaik LinkedIn di Malaysia.

 

Abrar akan kekal sebagai Ahli Lembaga Pengarah Standard Chartered Malaysia sehingga akhir tahun untuk memastikan peralihan yang lancar dan teratur. Beliau juga akan menyokong beberapa inisiatif serantau dalam Bank.


 

Patricia Wong
                       Patricia Wong

 


Menggantikan tempat Mak sebagai Ketua Liputan Pelanggan CCIB Malaysia ialah Patricia Wong, yang akan memikul tanggungjawab juga sebagai Ketua Serantau Subsidiari Global (GS), ASEAN.

 

Patricia, yang juga warga Malaysia, menyertai bank tersebut pada 2000 dan sejak itu, telah mengumpul pengalaman yang luas dalam Perbankan Korporat di seluruh rangkaiannya termasuk China, Malaysia dan Qatar. Sebelum pulang ke Malaysia, Patricia berpangkalan di Shanghai dengan peranannya sebagai Ketua Serantau GS, Greater China dan Asia Utara.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Kluster, Singapura dan pasaran ASEAN, Patrick Lee berkata, Malaysia kekal sebagai pasaran penting untuk Standard Chartered dan kami komited untuk mengembangkan francais dengan fokus pada perniagaan rangkaian, kewangan mampan, segmen runcit besar-besaran mewah dan digital. - DagangNews.com