Malaysia Airports catat penyusutan trafik penumpang 76.8% | DagangNews Skip to main content

Malaysia Airports catat penyusutan trafik penumpang 76.8%


KUALA LUMPUR 17 April - Rangkaian lapangan terbang Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB)  mencatatkan penurunan sebanyak 76.8% dengan 5.9 juta trak penumpang bagi suku pertama 2021 disebabkan pengenaan semula Perintah Kawalan Pergerakan berkuat kuasa 13 Jan 2021 di Malaysia.

 

Syarikat itu bagaimanapun berkata Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gokcen (SGIA) terus menunjukkan pemulihan secara beransur-ansur dalam trak terutamanya dalam sektor domestik berikutan pelancaran vaksin Turki mulai Januari 2021. 

 

''Sektor domestik dan antarabangsa masing-masing merosot 68 peratus dan 87.3% pada suku pertama  2021 berbanding tempoh yang sama tahun lepas dengan 1.5 juta dan 4.4 juta pergerakan penumpang. 

 

"Pada asas 12 bulan, rangkaian lapangan terbang MAHB mencatatkan 23.4 juta penumpang, pengurangan sebanyak 82.5% dalam tempoh yang sama sebelumnya,'' katanya dalam 'Passenger Trac Snapshot Mac 2021' kepada Bursa Malaysia, lapor Bernama.

 

Pergerakan penumpang Malaysia berkurangan sebanyak 91% manakala SGIA menguncup 40% berbanding suku pertama 2020. 

 

"Trak penumpang Mac 2021 bagi rangkaian lapangan terbang MAHB susut 53.4% kepada 2.2 juta penumpang. Sektor domestik serta antarabangsa masing-masing merosot 45.3% dan 67.8%.

 

''Pergerakan penumpang Malaysia berkurangan sebanyak 82.1% pada Mac 2021. Pergerakan penumpang domestik dan antarabangsa masing-masing menurun 75.9% dan 91.9%,'' katanya.

 

Manakala, pergerakan penumpang SGIA mencatatkan pertumbuhan positif buat kali pertama sejak wabak pandemik COVID-19, dengan peningkatan 7.4% pada Mac 2021 berbanding Mac 2020. 

 

"Sektor domestik merekodkan pertumbuhan dua digit sebanyak 11.4%, manakala sektor antarabangsa  mencerminkan penurunan sebanyak 1.9%," katanya. 

 

MAHB berkata Kota Kinabalu, Subang, Labuan, Lahad Datu, Sandakan dan Tawau mencatatkan pergerakan penumpang yang lebih tinggi bagi Mac 2021 berbanding jumlah penumpang Januari dan Februari.

 

"Pemulihan lalu lintas akan terus bergantung kepada keberkesanan pelancaran vaksin dan sejauh mana sekatan perjalanan, yang mana penularan COVID-19 adalah terkawal di dalam negara dan juga di peringkat antarabangsa.   

 

"Pas perjalanan kesihatan digital dan prosedur perjalanan yang lebih segerak di seluruh negara boleh menggalakkan perjalanan rentas sempadan dan sokongan dalam pemulihan perjalanan," tambahnya. - DagangNews.com