Kontrak baharu Southern Cable Group tingkatkan kadar pesanan sebanyak RM871.8 juta dalam tangan, kata Apex Securities | DagangNews Skip to main content

Kontrak baharu Southern Cable Group tingkatkan kadar pesanan sebanyak RM871.8 juta dalam tangan, kata Apex Securities

Gambar hiasan dari laman web rasmi Southern Cable Group
Oleh SYAZA NORAZHARUDDIN

KUALA LUMPUR 27 Dis - Apex Securities menjangkakan kontrak baharu Southern Cable Group Bhd (SCG) daripada Malaysia Timur akan meningkatkan kadar pesanan sebanyak RM871.8 juta dalam tangan, mewakili 0.8 kali pendapatan FY23. 

 

Firma penyelidikan itu meningkatkan unjuran keuntungan bersih FY25F dan FY26F SCG, masing-masing sebanyak 7.3% dan 6.2%, mencerminkan penambahan pesanan yang lebih kukuh.

 

Katanya, semakan semula itu mengambil kira penambahan pesanan yang lebih kukuh kepada RM1.5 bilion pada FY25.

 

"Walaupun sumbangan Malaysia Timur kini sekitar 10%, kami percaya ia akan terus berkembang berdasarkan kedudukan SCG sebagai salah satu pembekal utama eksport kabel dan konduktor ke pasaran Malaysia Timur.

 

"Kami menganggarkan pasaran kabel HV mencecah sekitar RM80 bilion, dengan hanya empat pemain utama yang menyediakan kabel dan wayar HV di pasaran termasuk SCG, memberikan kira-kira RM730 juta setiap tahun untuk setiap pemain," katanya dalam satu nota penyelidikan, hari ini.

 

Oleh itu, Apex Securities mengekalkan saranan "beli" ke atas SCG dengan menaikkan harga sasaran (TP) kepada RM1.63 daripada RM1.27. 

 

ARTIKEL BERKAITAN : Southern Cable terima kontrak RM173 juta bekal kabel, konduktor ke Malaysia Timur

 

"Kami terus menyukai SCG kerana peranannya sebagai proksi untuk permintaan tenaga Malaysia yang semakin meningkat, pengembangannya ke pasaran HV, dan kedudukannya sebagai salah satu daripada beberapa vendor yang membekalkan pengedar Amerika Syarikat.

 

"Risiko terhadap saranan kami termasuk pergantungan besar kepada industry tenaga, kenaikan harga resin plastik dan persaingan pasaran yang sengit," katanya- DagangNews.com