Malaysia Airports umum pelantikan Dato' Normah Osman anggotai Lembaga Pengarah | DagangNews Skip to main content

Malaysia Airports umum pelantikan Dato' Normah Osman anggotai Lembaga Pengarah

KUALA LUMPUR 20 Okt - Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) mengumumkan pelantikan Dato' Normah Osman sebagai Pengarah Bukan Bebas dan Bukan Eksekutif, berkuat kuasa hari ini. 

 

Normah, 55, kini merupakan Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pengangkutan.

 

Beliau memulakan kerjaya di Kementerian Pelaburan, Perdagangan Antarabangsa & Industri pada 1995 dan memegang pelbagai jawatan sehingga 2018.

 

Pada Julai 2018, Normah dinaikkan pangkat sebagai Timbalan KSU (Dasar) di Kementerian Pembangunan Usahawan dan kemudian pada Januari 2019, sebagai Setiausaha Bahagian di Bahagian Perancang dan Penyelarasan Ekonomi Kementerian Pendidikan.

 

Normah merupakan lulusan Sarjana di dalam Pengurusan, Claremont Graduate University, California di Amerika Syarikat.  - DagangNews.com