Malaysia dipilih ‘tapak’ loji tenaga solar terbesar Intel, di luar AS | DagangNews Skip to main content

Malaysia dipilih ‘tapak’ loji tenaga solar terbesar Intel, di luar AS

 

KUALA LUMPUR 22 April - Syarikat pembuatan semikonduktor dari Amerika Syarikat (AS), Intel Corp sedang membina loji tenaga solar di Malaysia untuk menyalurkannya ke enam bangunan sekitar kampus Kulim dan Pulau Pinang. 

 

Penggunaan elektrik di bangunan kampus pada waktu puncak diganti sebahagiannya oleh sumber tenaga solar tersebut.

 

Projek itu dikatakan pembinaan loji tenaga solar terbesar oleh Intel di luar AS. 

 

Intel menerusi sebuah kenyataan memberitahu, loji tenaga solar itu dibantu oleh solar 3.2MW baharu yang selesai dipasang pada Januari tahun ini.

 

Jelas syarikat itu, pemasangan berkenaan kini telah mencapai 4.1MW dari segi jumlah kapasiti keseluruhan yang disediakan oleh pemaju tenaga boleh diperbaharui, NEFIN.

 

“Kerja pembinaan bermula pada 2020 ketika pandemik global (COVID-19) mendatangkan banyak cabaran, tetapi sistem solar itu mula beroperasi pada Januari 2021.

 

“Projek ini akan menyumbang kira-kira 15% daripada kapasiti tenaga elektrik solar fotovoltaik (PV) di lokasi global Intel.

 

“Ini juga akan mengurangkan pelepasan karbon dioksida kira-kira 3,800 tan,” jelas syarikat itu.

 

Menurut Intel, panel loji tenaga solar baharu itu meliputi kawasan bersamaan kira-kira 900 ruang tempat letak kereta dengan tambahan bumbung bangunan berkeluasan 50,208 kaki persegi dengan tenaga elektrik kira-kira 6,000MWh setiap tahun. - DagangNews.com