Malaysia perlu perbetulkan salah anggap terhadap vape | DagangNews Skip to main content

Malaysia perlu perbetulkan salah anggap terhadap vape

Oleh Mohamad Iman

KUALA LUMPUR 31 Mei Sempena Hari Vape Sedunia, Malaysia Vapers Alliance (MVA), sebuah kumpulan advokasi pengguna vape tempatan, ingin mengetengahkan isu kritikal yang sering diabaikan: persepsi salah Malaysia terhadap vape.

 

Bukti telah menunjukkan bahawa vape adalah 95% kurang memudaratkan berbanding rokok, tetapi 74% perokok di seluruh dunia percaya bahawa vape adalah sama berbahaya atau lebih.

 

Paling teruk di Malaysia, salah tanggapan juga berleluasa dan salah tanggapan yang meluas ini menghalang berjuta-juta perokok daripada membuat keputusan yang berpotensi menyelamatkan nyawa.

 

Presiden MVA, Khairil Azizi Khairuddin berkata “Hari Vape Sedunia adalah platform yang terbaik untuk membetulkan maklumat salah ini dan mengetengahkan faedahnya terutamanya di Malaysia.

 

Sudah tiba masanya untuk berhenti memerangi alternatif yang kurang memudaratkan. Sebaliknya, kita harus menerimanya sebagai komponen penting dalam memerangi merokok."

 

 

MVA, Khairil Azizi Khairuddin
                             Khairil Azizi Khairuddin

 

 

Pendekatan Sweden untuk mengurangkan kemudaratan menawarkan kajian yang menarik.

 

Dengan menyokong produk nikotin yang kurang memudaratkan, Sweden berada di ambang negara bebas asap rokok.

 

Menurut Khairil, pendekatan pragmatik ini seharusnya memberi inspirasi kepada dasar global.

 

“Namun, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) terus menentang produk ini, memburukkan lagi krisis merokok. Pendekatan ini adalah tidak betul dan meletakkan berjuta-juta nyawa dalam bahaya.”

 

Kepercayaan bahawa vape adalah memudaratkan seperti merokok adalah yang mencemaskan dalam kesihatan awam.

 

Banyak kajian, termasuk yang dijalankan oleh Public Health England, secara konsisten menunjukkan bahawa vape adalah kurang memudaratkan.

 

Bagaimanapun, maklumat salah yang berterusan menghalang perokok daripada memahami pilihan yang mereka ada.”

 

MVA menggesa kerajaan untuk mencontohi kejayaan negara seperti Sweden dan New Zealand, yang telah menunjukkan bahawa dengan menyediakan maklumat yang tepat membantu perokok beralih kepada alternatif yang kurang memudaratkan.

 

“Dengan mengurangkan kelaziman merokok di negara ini dan memperbaiki penyakit berkaitan merokok, ia mampu menyelamatkan nyawa.

 

”Adalah penting untuk sistem penjagaan kesihatan termaklum mengenai perkara ini dan menyediakan pendekatan berhenti merokok yang lebih selamat untuk perokok,” kata Khairil.

 

Malaysian Vapers Alliance (MVA) ialah kumpulan advokasi bukan berdasarkan keuntungan yang memperjuangkan penggunaan produk vape untuk membantu perokok berhenti.

 

Usaha MVA didedikasikan untuk memperkasakan pengguna dan mewakili kepentingan mereka dalam pelbagai arena perundangan, penggubalan dasar dan penggubalan peraturan. - DagangNews.com