Mangsa banjir boleh ambil cuti kecemasan, kata Ismail Sabri | DagangNews Skip to main content

Mangsa banjir boleh ambil cuti kecemasan, kata Ismail Sabri

KLANG 19 Dis - Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan cuti kecemasan kepada semua kakitangan awam yang terkesan akibat bencana banjir.

 

Perdana Menteri berkata, untuk kakitangan swasta, syarikat disarankan memberi pekerja cuti berbayar atau 'paid leave' dengan tidak menolak peruntukan cuti tahunan dan gaji mereka.

 

"Berapa lama cuti itu, kakitangan boleh berbincang dengan ketua jabatan masing-masing. Ini termasuk kakitangan awam pada peringkat kerajaan negeri.

 

"Untuk kakitangan swasta, kita minta mereka berbincang dengan majikan ...

 

''Saya tahu tiada peruntukan undang-undang berkaitan cuti banjir ini, namun ia boleh dilaksanakan atas sifat kemanusiaan," katanya pada sidang media selepas meninjau operasi menyelamat dan melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di sini hari ini.


 

PM

 

PM

 

PM

 

PM

 


Perdana Menteri juga mengumumkan bantuan wang tunai RM1,000 kepada setiap ketua isi rumah yang terjejas banjir.

 

''Kerajaan juga bersetuju menyediakan peruntukan awal RM100 juta untuk membaiki kerosakan rumah dan infrastruktur lain pasca banjir.

 

Perdana Menteri berkata, perlu ada pasukan Kementerian Kesihatan di setiap Pusat Pemindahan Sementera. - DagangNews.com