Maripay mudahkan urusan kiriman wang pekerja Indonesia di Malaysia ke kampung halaman | DagangNews Skip to main content

Maripay mudahkan urusan kiriman wang pekerja Indonesia di Malaysia ke kampung halaman

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 9 Nov - Finnet menjalinkan kerjasama dengan Suis Digital dan MPAY dalam mewujudkan platform Maripay bagi memudahkan urusan kiriman wang ke kampung halaman dalam kalangan pekerja Indonesia di Malaysia.

 

Maripay merupakan aplikasi Perkhidmatan Kiriman Wang Digital baharu yang boleh membantu majikan dan pekerja Indonesia di Malaysia bagi sebarang transaksi kewangan.

 

Bagi menyokong operasi aplikasi tersebut, Mandiri International Remittance Shd. Bhd. (MIR) terlibat dalam proses pra-dana Maripay dari Malaysia ke Indonesia.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Finnet, Rakhmad Tunggal Affifudin meyakinkan bahawa aplikasi Maripay adalah selamat untuk menjalankan transaksi kewangan.

 

"Maripay menyediakan ciri-ciri khas termasuk kiriman wang dari Malaysia ke Indonesia, justeru pekerja Indonesia boleh memindahkan wang dari mana-mana sahaja tanpa perlu beratur.

 

maripay

 

"Keluarga mereka di Indonesia boleh mengeluarkan wang di Indomaret dan bank yang disambungkan dengan Finnet selain bayaran yang dilakukan terus ditukarkan kepada Rupiah daripada Ringgit Malaysia," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

Sebahagian pekerja Indonesia menghadapi kesukaran melakukan pemindahan wang kerana berdepan pelbagai masalah seperti terpaksa seperti beratur panjang dan yuran pentadbiran yang tinggi.

 

maripay

 

Maripay menawarkan penyelesaian kiriman wang pantas dan ciri pembayaran bil bulanan masa nyata untuk keluarga di kampung halaman (Indihome, MNC Vision, PLN, BPJS Kesehatan, Halo, dan baucar telekomunikasi) dan di Malaysia (Maxim, Digi, XOXO, Celcom , RedONE dan pembekal lain).

 

Kemudahan itu ditawarkan dengan yuran pentadbiran yang lebih murah. - DagangNews.com