Maxis Business Innovation Centre direka khusus bagi menggalakkan transformasi digital perniagaan | DagangNews Skip to main content

Maxis Business Innovation Centre direka khusus bagi menggalakkan transformasi digital perniagaan

Fahmi Fadzil (tiga dari kiri) bersama Pengerusi Maxis, Tan Sri Mokhzani Mahathir (dua dari kanan) and Goh Seow Eng (kanan) semasa pembukaan Maxis Business Innovation Centre.
Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 9 Mei - Maxis Berhad hari ini membuka Maxis Business Innovation Centre yang direka khas untuk menggalakkan inovasi selain mendorong transformasi digital bagi perniagaan.

 

Pusat yang terletak di bawah Menara Maxis itu merangkumi ruang lebih 9,000 kaki persegi yang membolehkan pelanggan mengakses makmal Internet Kebendaan (IoT), auditorium mini dengan teknologi terkini, ruang kerja bersama untuk kerjasama serta berinovasi, dan kes penggunaan pelbagai industri yang didayakan oleh teknologi awan, kecerdasaran buatan (AI) dan Pembelajaran Mesin.

 

Pusat itu akan memberi peluang kepada perniagaan pelbagai saiz dan merentas industri untuk memanfaatkan kuasa teknologi digital. 

 

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Mohamed Fadzil berkata, pihaknya bertanggungjawab memacu ekonomi digital sebagai sebahagian daripada teras strategik dan ia memerlukan semua pihak memainkan peranan menerusi kolaborasi, inovasi dan perkongsian pengetahuan. 

 

Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, Goh Seow Eng berkata, Maxis Business Innovation Centre mempunyai potensi besar untuk menggabungkan kuasa teknologi dan inovasi untuk memanfaatkan pelanggan kami dalam perjalanan transformasi digital mereka. 

 

maxis

 

"Kami komited menyokong agenda digital kebangsaan dan berharap dapat memanfaatkan persekitaran imersif ini untuk secara kolektif untuk menghasilkan idea inovatif,  penyelesaian serta membawa kejayaan untuk perniagaan-perniagaan di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

Maxis Business Innovation Centre juga berfungsi sebagai hab penjanaan dan teknologi, mendorong usaha kolaborasi dan penciptaan bersama di antara rakan kongsi dan pakar Maxis untuk menjana idea inovatif.

 

Menerusi kepakaran tepat yang disokong oleh modal insan , kemahiran dan pengalaman yang mantap, Maxis Business menawarkan pelanggannya penyelesaian generasi seterusnya melalui portfolio yang diperluaskan daripada fiber, IoT, awan, perkhidmatan kendalian dan penyelesaian tempat kerja moden, kepada perkhidmatan gred Enterprise, yang disokong oleh Maxis Programmable Network iaitu rangkaian yang ditetapkan perisian bertaraf tinggi dan sijil MEF 3.0. - DagangNews.com