Maxis sumbang 30 unit komputer riba kepada 5 sekolah menengah di Perak perkasakan komuniti celik digital | DagangNews Skip to main content

Maxis sumbang 30 unit komputer riba kepada 5 sekolah menengah di Perak perkasakan komuniti celik digital

Khairuddin (dua dari kiri) menyerahkan komputer riba kepada wakil Jabatan Pelajaran Negeri Perak sebagai simbolik.
Oleh Zaki Salleh

IPOH 6 Okt - Sebanyak 30 unit komputer riba telah disumbangkan kepada lima buah sekolah melalui Program e-Kelas bagi membina komuniti celik digital dan memperkasakan para pelajar.

 

Ia melibatkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Malim Nawar, SMK Toh Indera Wangsa Ahmad, SMK Simpang Pulai dan SMK Sultan Muhammad Shah.

 

Kesemua peranti ini disumbangkan oleh Maxis Berhad menerusi program tanggungjawab sosial korporat syarikat tersebut.

 

Pengarah
Pengarah Pendidikan negeri Perak, Mohamad Fauzi Mahson (tengah) menyampaikan sijil progam e-Kelas kepada salah seorang pelajar.

 

Sumbangan dengan kerjasama kerajaan negeri Perak ini juga sejajar dengan hasrat melahirkan modal insan berkemahiran digital serta bersifat inklusif.

 

Pada majlis sama turut dilancarkan Program e-Kelas juga dengan kerjasama Maxis yang menyediakan kandungan pembelajaran digital percuma kepada pelajar tingkatan 4 dan 5.

 

Ia melibatkan subjek seperti bahasa Melayu, bahasa Inggeris, matematik dan sejarah.

 

Kelas

 

Antara kandungan inisiatif e-Kelas in seperti sesi pembelajaran dalam talian secara interaktif, disokong dengan video penerangan yang menarik, nota dan kuiz.

 

Melalui pendekatan ini, para pelajar bukan hanya dapat mengulang kaji pelajaran sama ada dengan bimbingan guru ataupun di luar waktu sekolah malah membantu dalam menambah pengetahuan serta kemahiran mereka.

 

Terdahulu, majlis penyerahan komputer riba ini telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Belia negeri, Khairuddin Abu Hanipah.

 

Hadir sama ialah Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi , Multimedia dan badan bukan kerajaan negeri, Mohd. Azlan Helmi. - DagangNews.com