Maybank IB semak turun unjuran untung bersih FY23 Bumi Armada sebanyak 0.5% kesan kelewatan pengiktirafan sewa Armada Sterling V | DagangNews Skip to main content

Maybank IB semak turun unjuran untung bersih FY23 Bumi Armada sebanyak 0.5% kesan kelewatan pengiktirafan sewa Armada Sterling V

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 15 Feb - Maybank Investment Bank (Maybank IB) menyemak turun unjuran untung bersih Bumi Armada Berhad bagi FY23 sebanyak 0.5% kesan kelewatan pengiktirafan sewa unit penyimpanan dan pemunggahan pengeluaran terapung (FPSO) Amada Sterling V.

 

Katanya, ia menghadapi beberapa kelewatan dalam mencapai minyak pertama dalam pembangunan KG-DWN-98/2. 

 

Firma penyelidikan itu berkata, walaupun minyak pertama telah dicapai, FPSO Armada Sterling V mungkin masih belum mencapai penerimaan akhir yang akan membawa kepada pengiktirafan sewa.

 

"Walaupun memahami bahawa FPSO Armada Sterling V telah mencapai Penyambungan dan pentauliahan, kumpulan itu masih menunggu Perbadanan Minyak dan Gas Asli India (ONGC) untuk menjalankan ujian penerimaan yang diperlukan.

 

"Kami menjangkakan penerimaan akhir itu akan dicapai pada April 2024," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Maybank Ib berkata, gangguan utama yang melanda kumpulan itu pada suku kedua 2023 menyebabkan untung bersih teras Bumi Armada susut kepada RM47 juta pada suku berkenaan.

 

Katanya, perolehan teras bertambah baik kepada RM181 juta pada suku ketiga 2023 dan unjuran untung bersih teras FY23 yang disemak semula membayangkan peningkatan untung versih teras berturutan pada suku keempat kepada RM210 juta.

 

"Pada 29 Mei lalu, FPSO Kraken terpaksa henti operasi sepenuhnya akibat kegagalan tida daripada empat pengubah HSP utamanya sebelum kembali mencatatkan peningkatan secara beransur-ansur dan mencapai pengeluaran penuh pada Ogos 2023," katanya.

 

Firma penyelidikan itu mengekalkan saranan 'beli' pada harga sasaran (TP) 65 sen sesaham. - DagangNews.com