MBSB Bank teruskan kempen ‘Simpan Berganda Menang Bergaya’ edisi ketiga sehingga 31 Disember 2024 | DagangNews Skip to main content

MBSB Bank teruskan kempen ‘Simpan Berganda Menang Bergaya’ edisi ketiga sehingga 31 Disember 2024

Oleh DIYANA ISAMUDIN

KUALA LUMPUR 14 Dis - MBSB Bank Berhad (MBSB Bank) akan terus menganjurkan kempen ‘Simpan Berganda Menang Bergaya’ edisi ketiga, yang juga dikenali sebagai SBMB 3.0.

 

Ini adalah sebagai tanda penghargaan terhadap sokongan pelanggan setia dan dalam pada masa yang sama, untuk menarik lebih ramai pelanggan baharu.

 

"Kempen yang sedang berlangsung dan berakhir pada 31 Disember 2024 itu menawarkan pelbagai hadiah lumayan bernilai hingga RM3 juta, seperti Porsche Macan, Mercedes-Benz GLC 300 4MATIC, Harley Davidson Road Glide, pakej percutian, wafer emas, jam tangan berjenama Apple, wang tunai dan banyak lagi.

 

"Terdapat pelbagai kategori yang ditawarkan termasuk bulanan, kesetiaan, pelanggan baharu, gaji, wanita, lelaki, senior, kakitangan kerajaan, serantau dan hadiah utama bagi meningkatkan peluang untuk memenangi hadiah menarik," kata MBSB Bank dalam satu kenyataan media hari ini.

 

 

mbsb

 

 

 

Kempen SBMB yang pertama kali diperkenalkan pada tahun 2021, menawarkan pelbagai hadiah menarik dan wang tunai berjumlah RM2.4 juta telah mendapat sambutan menggalakkan dari pelanggannya.

 

Oleh itu, MBSB Bank meneruskan kempen SBMB 2.0 yang mendapat sambutan hangat dengan lebih 60,000 penyertaan.

 

Selain dari kempen SBMB 3.0, MBSB Bank juga menganjurkan kempen ‘Winners Are Dreamers’, berlangsung sehingga 31 Januari 2024, bersempena Liga Kejuaraan MBSB Bank yang menawarkan peluang menonton Liga Perdana Inggeris di England dengan perbelanjaan ditanggung olehnya.

 

Maklumat lanjut berkenaan kempen SBMB 3.0 boleh dilayari di laman web www.mbsbbank.com/promotions/sbmb-3-casa-i-campaign atau hubungi pusat khidmat pelanggan MBSB Bank di talian 03-2096 3000.  - DagangNews.com

 

 

mbsb