MCMC pelawa orang sertai Siasatan Awam Kajian Semula Senarai Capaian | DagangNews Skip to main content

MCMC pelawa orang sertai Siasatan Awam Kajian Semula Senarai Capaian

CYBERJAYA 20 Ogos - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan menjalankan Siasatan Awam mulai 20 Ogos 2021.

 

Siasatan Awam mengenai kajian semula Senarai Capaian ini dijalankan menurut seksyen-seksyen 55(1), 56 dan 146 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

 

Kertas Siasatan Awam ini mengandungi pandangan awal MCMC mengenai kemudahan dan perkhidmatan yang dimasukkan, dikeluarkan atau dipinda di dalam Senarai Capaian.

 

Pihak MCMC mempelawa orang ramai untuk menyertai Siasatan Awam ini dengan mengemukakan ulasan bertulis mengenai soalan-soalan khusus, pandangan awal MCMC, rasional dan analisis yang digunakan di dalam Kertas Siasatan Awam.

 

Pihak yang mengemukakan ulasan adalah digalakkan untuk menyokong ulasan masing-masing dengan hujah dan yang mana berkenaan, ia hendaklah disertakan dengan rujukan kepada bukti atau maklumat lain yang berkaitan.

 

Semua ulasan bertulis hendaklah dihantar secara bertulis dan elektronik kepada alamat dan e-mel di laman web MCMC: http://www.skmm.gov.my.  pada atau sebelum 12 tengah hari, Isnin, 18 Oktober 2021. - DagangNews.com